Wednesday, September 14, 2011

3 mata yang tak dijilat api neraka

Assalamualaikum wbt.... arini sy betul2 rindu kat ayah sy.. x tau laa kenapa..kat mak pon rindu cuma arini betul2 sy rindu kat ayah sy...tiba2 dalam pkl 12 tghari ayah sy call. agak terkejut seolah2 ayah sy dapat rasakan yg sy sedang nangis rindu dia...huhu...sy tanyakan ayah sy kenapa tetiba call..pastu ayah sy cakap: "takde pape...cuma nak tau smua bnda ok ke tak ? belajar mcm mana...? kerja mcm mana ?." saya terus kuar air mata.apabila ayah sy cakap dia rindu anak2 sbb tu dia call smua anak2.sedangkan waktu tu pkl 12 tghhari..slalunya ayah sy akan call mlm sbb tghhari dia kerja.....lps hbs ckp dgn ayah sy, sy g tandas...nangis merah mata !! huhu..teringat kat ayah...masuk ofis balik dan sy belek2 buku nota sy ,.. tetiba sy terselak halaman yg ada saya tulis sesuatu..sy ambil dr kuliah lps smbhyang yg ayah sy pernah bagi semasa kami sekeluarga solat jemaah ..sy x dapat terangkan detail cuma ni je yg dapat sy kongsi............................................

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka....

*Melihat kaabah sehingga menitis air mata

*Membaca quran sehingga menitis air mata

*Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.


mak sy pernah cakap kat sy..." ummi x pernah melupakan anak2 walaupon sesaat...dan setiap kali solat x pernah lupa untuk doakan anak2..ummi sokmo doakan terbaik untuk anak2 ummi." .....sayu hati ku !! ..... sbb itu sbg anak sulung, sy rasa bertanggungjawab utk bgitau adik sy samada call,sms,fb dll untuk doakan mak ayah sy setiap hari... ingtkan adik2 masa hari jadi mak ayah, masa ulangtahun perkahwinan dan masa bila2 je yg sy rasa patut dihargai oleh kami adik beradik...

sekarang, kawan2 smua..mari kita berdoa untuk kebahagian kedua ibubaa kita...........................sayang ummi abah !

Ibu Unik dan Aneh Yang Pernah Ada di Dunia

1. Melahirkan 8 Bayi dengan selamat


Dikenali sebagai "Octomom", Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mencuri perhatian dunia setelah beliau melahirkan octuplets pada bulan Januari 2009. Nadya, seorang ibu tunggal menganggur, telah memiliki enam anak lain pada saat itu dan ditambah pula dengan kelahiran
octuplets.

2. Ibu Paling Muda Di Dunia (5 Tahun)

Lina Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah perubatan.beliau melahirkan anak pada usia 5 tahun 7 bulan 21 hari. Lahir di Ticrapo, Peru, Madinah dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada usia lima tahun kerana peningkatan saiz perut. Dia awalnya dianggap mempunyai tumor, tetapi para doktor mendapati dia hamil tujuh bulan. Dr Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, dan memastikan bahawa Madinah hamil. Satu bulan setengah kemudian, pada tarikh 14 Mei 1939, beliau telah melahirkan seorangbayi lelaki dengan kaedah caesaran kerana punggunggnya yang kecil. Operasi dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu.


3. Ibu Tertua ketika melahirkan bayi

Setelah menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi Lohan melahirkan bayi pertama beliau pada bulan November 2008, pada usia 70.


4. Ibu dengan jumlah anak terbanyak [69 Anak]

Menurut Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sejarah adalah seorang petani dari Shuya, Rusia, yang dikenali hanya sebagai isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak di abad 18, dari 27 kehamilan


5. Ibu Lelaki pertama di Dunia

Thomas Beatie adalah Orang pertama yang menjadi seorang ibu lelaki. Dilahirkan sebagai seorang wanita,beliau menjalani pembedahan tukar jantina dan hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi((pembedahanan rahim). Beliau memutuskan untuk ada bayi sendiri, melalui inseminasi buatan menggunakan sperma penderma dan telur Beatie sendiri.


6. Ibu Kembar tertua

Kerana terlampau inginkan anak lelalki, Omkari Panwar ,70 tahun ,telah menjadi ibu kembar tertua. Beliau membayar kos rawatan untuk mempunyai ahli waris lelaki atas ladang keluarga. Beliau menjual kerbau, menggadaikan tanah, menghabiskan simpanan hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit untuk mebuatkan beliau mendapat anak lelaki.

7. Ibu Tumpang Tersubur di Dunia

Carole Horlock, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun - termasuk kembar tiga. Menajdikan beliau mencatat rekod dunia untuk ibu tumpang yang paling produktif. "Ketika saya pertama kali menjadi ibu tumpang, saya berharap untuk melakukannya sekali," katanya. Dia dibayar rata-rata $ 25,000 hingga $ 30.000 untuk perkhidmatan tersebut.

8. Ibu Terkecil di Dunia

Ibu terkecil di dunia ini telah melahirkan bayi untuk kali ketiga walaupn telah diingatkan doktor tentang bahaya untuk kehamilan seterusnya. Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2, 4 inch, berani menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. beliau menderita osteogenesis imperfekta yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang.


9. Ibu dengan Bayi Terkecil di Dunia

Mahajabeen Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada 19 September 2004 di Loyola University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 8,6 ons dan panjang 10 inci merupakan bayi terkecil di dunia. Ia dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang tinggal dengan kedua orangtua di Hanover Park, beratnya hanya 8,6 ons pada saat lahir, tapi sekarang berat sekitar 15 kilogram dan dalam keadaan sihat.

10. Ibu dengan Interval Terlama Antara Anak

Elizabeth Ann Buttle ibu yang memegang rekod untuk tempoh terpanjang di antara kelahiran dua kanak-kanak. Beliau melahirkan anak nya Belinda pada Mei 19,1956 dan Joseph pada November 20, 1997. Beza tempoh kelahiran Elizebeth dan joseph ialah 41 tahun 185 hari .

jambatan laut terpanjang di dunia

Papan tanda : "Shandong Highway Corp akan membuka jambatan lebuh raya Shandong Teluk Jiaozhou’’ terpampang di atas jambatan teluk Jiaozhou di bandar Qingdao, wilayah Shandong, kelmarin. Ia merupakan jambatan terpanjang di atas permukaan laut di dunia.



China membuka jambatan terpanjang di dunia merentasi laut - Jambatan Teluk Jiaozhou menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao ke pesisir pulau Huangdao
.



Jambatan sepanjang 42 kilometer dan selebar 35 meter ini menelan kos melebihi AS$1.5 billion (RM4.5 billion).



Penilaian pembinaan jambatan ini telah diluluskan dan jambatan beserta terowong bawah laut itu dibuka kepada lalu lintas


Jambatan yang disokong oleh 5,000 tiang itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.


Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang sebelum ini dipegang oleh Tasik Pontchartrain Causeway di Louisiana, namun jambatan China ini lebih empat kilometer panjang daripadanya.

Hasil Kajian Dr Masaru Emoto mengenai air

Dr. Masaru Emoto ialah seorang saintis di Jepun yang banyak membuat kajian ke atas molekul air. Hasil kajian beliau telah menghasilkan keputusan yang menunjukkan kebenaran Islam.
Seperti kita semua maklum molekul air akan bertindak mengikut apa yg kita sebut dan dengar. Sebab tu kadang2 kita bacakan Yassin kepada air. Badan kita mengandungi hampir sepenuhnya air, betul tak? Untuk pengetahuan semua, air mampu menyerap tenaga dengan baik dan banyak. Sebab tulah, banyak benda yang boleh dibuat dengan air dan terpulanglah kepada kita macam mana hendak memanfaatkannya. Macam yang kita tahu, molecule air cepat bertindak ke atas apa yang kita bacakan kepadanya.

Menurut kajian Dr. Masaru Emoto, air menghantar mesej kepada kita semua. Molecule of water will react upon the frequency and the condition surrounding us. This is also together with what we heard and said everyday. Dr. Emoto juga ada publish sebuah buku yang bertajuk "The Message from Water"

Beliau telah memerhatikan molekul air dan menangkap gambar2 molekul air.


Inilah bentuk molekul air yang sebenar tanpa sebarang gangguan. Inilah bentuk yang sepatutnya. Tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita sentiasa mencarut dan melemparkan kata-kata hina? Kalau kita berzikir dan membaca al-quran selalu, macam mana pula? Satu lagi kalau kita bermeditasi dan bertafakur?





sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran



selepas dibacakan ayat suci Al-Quran


Agaknya kenapa molekul jadi agak tersusun? Sebabnya, ayat2 Al-Quran yang dibaca mengandungi sesuatu kekuatan dan kebenaran yang baik dan sucimembuktikan betapa agungya wahyu Allah Taala .Lagi gambar molekul air yang dibacakan ayat Al-Quran. Tengoklah keajaibannya.



Betapa agungnya ayat suci al quran sehingga dapat mengubah bentuk molekul air kepada bentuk yang menarik.dan bayangkan kalau bentuk menarik ini masuk ke dalam tubuh kita..mesti kita bertmabah sihat kan?




Ayat di atas telah direkodkan dan diperdengarkan kepada air seberapa banyak kali yang mungkin dan begitlah hasilnya. molekul air pun boleh jadi tak tentu hala dengan ayat sebegitu. Apatah lagi kita? Tambah2 lagi 70% peratus dalam badan kita mengandungi air. So, macam mana?


Heavy metal music

Inilah hasilnya jika kita memperdengarkan lagu heavy metal. Even the water molecule break apart after hearing this type of song. Maksudnya, orang yang selalu mendengar lagu2 heavy metal, air dalam badannya sudah bercelaru sekaligus menyebabkan fikirannya juga terganggu. SO? Apa lagi yang difikirkan?

Lain pula jadinya kalau kita ucapakan kata yang baik dan merangsang fikiran. Tengoklah molekul air ini.



Thank You


Love and Appreciation

Ringkasnya, ucapkan sayang kepada keluarga kita dan jangan lupa berterima kasih juga. Ingat tak magic words? Thank you, sorry and please. Jangan main2. Air pun faham apa gunanya dan faedahnya magic words ni. Jangan lupa selalulah guna dalam kehidupan seharian kita agar kita sentiasa ingat siapa pencipta kita dan kita sedar bahawa semua di atas muka bumi ini adalah kepunyaan-NYA. KIta semua sebenarnya penumpang dan peminjam sahaja.


keajaiban air zamzam


Sebaik-baiknya air di muka bumi ialah air Zam-Zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.” [HR. Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu].


telaga zamzam


Keajaiban air Zam-Zam

Dari kajian yang telah dilakukan, ternyata air Zam-Zam mengandung fluoride yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan membuat air Zam-Zam seolah-olah sudah mengandung ubat. Perbezaan air Zam-Zam dengan air lain di kota Mekah dan kota lain adalah dari segil kuantiti kalsium dan garam magnesiumnya. Kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air Zam-Zam yang menyebabkan air Zam-Zam dapat memberi kesegaran bagi jemaah yang kehausan. Hal ini dibuktikan oleh seorang doktor dari Universiti Yokohama, Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru Emoto yang mendapati bahawa air zamzam memiliki daya penyembuhan yang luar biasa. Keajaiban struktur air Zam-Zam telah dibuktikan Dr. Masaru Emoto dalam suatu penelitian yang dipaparkan dalam sebuah seminar di Malaysia. Kesimpulannya adalah bahawa tidak ada kandungan air di dunia yang menyamai kandungan air Zam-Zam.Kehebatan lain adalah telaga air Zam-Zam tidak pernah ditumbuhi lumut, sedangkan di seluruh dunia telaga mana pun selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme yang lain.


Molekul Air Zam-Zam Paling Cantik

Menurut kajian yang dilakukan, molekul air Zam-Zam merupakan molekul air paling cantik dan indah di antara air semua jenis air. Dr. Emoto menjelaskan bagaimana sebuah kata yang diucapkan dapat mempengaruhi bentuk molekul air. Tentu saja setiap doa yang terhembus dari setiap jemaah haji selama ini menjadikan air Zam-Zam sebagai air terindah yang akan terus menghapus dahaga setiap tamu Allah di Makkah.


molekul air zamzam

Keistimewaan Air Zam Zam
1. Meminum Air zam zam menjadi satu amalan ibadah, dengan niat mengikuti anjuran Rasulullah.
2. Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas, Aku pernah menyiapkan air zam zam untuk Rasulullah, kemudian beliau meminumnya sambil berdiri.
3. Makruh hukumnya apabila dipergunakan untuk mencuci najis, atau dipakai untuk membersihkan hadas besar.
4. Disunatkan membawa air zamzam pulang ke negeri masing2 bagi jemaah (penunai rukun Islam ke lima) yang memang berasal dari luar Negara Arab, dan Rasullulullah adalah orang pertama yang membawanya keluar kota Mekkah, iaitu ke Madinah.
5. Mata Airnya tidak pernah kering, meskipun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutama pada musim ibadah haji, bahkan sekarang dengan peralatan canggih, orang yang berada di Masjid Nabawi (Madinah) yg berjarak 450 Km dari Mekah boleh minum air zam zam setiap saat.
6. Pada waktu Rasululullah akan melakukan Sa’ie, beliau meminum air zam zam sampai kenyang, kemudian menyiram kepalaNya dengan air zam zam.
7. Banyak orang menyiram dan membasahi kain (baju) ihram, kemudian direntang tanpa diperah agar kering sendiri, dan akan dipakai sebagai ‘Kafan” ( pembungkus mayat) kalau meninggal nanti.


Keutamaan Air Zam Zam

1. Air Syurga (maa’ul-Jannah) : ertinya air yang penuh berkat dan manafaat.
2. Nikmat Allah : salah satunya nikmat Allah bagi para Jemaah haji yang dapat merasakan nikmatnya air ditengah-tengah padang pasir.
3. Pencuci hati: Air Pencuci hati Nabi Muhammad SAW, ketika Malaikat Jibril membasuh hati Muhammad dengan air zam zam.
4. Penuh Berkat : kerana Rasulullah SAW sering meminumnya dan tangannya yang penuh berkat dicelupkannya ke telaga zam zam.
5. Mengenyangkan : Air yang mengenyangkan dan menghilangkan dahaga.
6. Ubat penyakit : Air penyembuh penyakit, baik penyakit zahir, batin
7. Abadi: Tidak akan kering hingga hari Kiamat, kerana ia menjadi bukti keagungan dan kebenaran Allah.