Friday, July 11, 2014

BUAH YANG ANDA MUNGKIN TIDAK PERNAH TAHU KEWUJUDANNYA


1. ACKEE




Buah Ackee adalah buah yang boleh didapati di jamaica. Ia sering digunakan oleh orang Jamaica dalam masakan. Buah ackee yang belum matang mengandungi racun dan jika tertelan akan menyebabkan muntah dan kekejangan. Walaupun ia sudah ranum, buah ini juga beracun dan hanya boleh dimakan di bahagian yang berwarna kuning yang lembut sahaja. Buah ini juga boleh menyebabkan kematian jika tersilap makan!!



2. JABUTICABA


anggur1


Jabuticaba adalah satu pokok unik yang mengeluarkan buah dari batangnya. Ianya hanya tumbuh di Minas Gerais dan Sao Paulo, Brazil. Ia juga dikenali sebagai Anggur Brazil. Jabuticaba juga boleh dimakan segar dan dibuat wine. Buah ini ini hanya segar setelah dipetik selama 3 atau 4 hari sahaja. Buah ini berbentuk bunga dan berwarna putih susu ketika muda dan bertukar menjadi hijau muda. setelah masaka ranum , buah ini akan bertukar kepada warna ungu tua. Buah ini mempunyai rasa manis dan isi yang kenyal.



3. TIMUN LANDAK


buah kiwano  timun landak


Timun landak  berbntuk  bulat lonjong dengan tonjolan kulit mirip duri atau tanduk. Warnanya kuning menyala dan isi berwarna hijau segar. Timun Landak ini boleh didapati di Afrika dan dikenali sebagai kiwano.  Timun Landak juga mempunyai berbagai nama seperti African horned cucumber, jelly melon, hedged gourd. 



4.BUAH AJAIB


  


Buah Ajaib atau juga sering disebut miracle Berry atau nama saintifiknya Synsepalum Dulcificum,  Buah ini banyak di temukan di Ghana, Afrika Barat. Buah ini juga boleh didapati di Asia tenggara terutama Indonesia dan Malaysia. Buah ini merupakan buah yang sangat ajaib. Buah ini boleh mengubah rasa. Bahkan buah ini boleh mengubah rasa masa limau nipis  menjadi manis. Buah ini ketika dimakan akan terasa agak masam pada mulanya, namun lama kelamaan akan berubah manis, dan ketika kita minum air , rasanya akan manis seperti sirap. .



5. AGUAJE 


  


Buah Aguaje atau nama saintifiknya Mauritia Flexuaso adalah pokok sawit Amerika Selatan. Ia mempunyai rasa masam manis dan mempunyai vitamin A, C dan E yang tinggi. Ia mempunyai kepekatan asid oleik yang tinggi (Omega 9). Aguaje juga dipercayai dapat meningkatkan kesuburan.



6. Deliciosa Monstera


A close up of the inmature flowers and spike.


Deliciosa Monstera juga dikenali sebagai The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant dan monster fruit, Buah yang berasal dari jenis anggur ini merupakan tanaman yang berasal  dari Mexico dan Panama. Tinggi pokoknya boleh mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm, dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis atau gigitan ular.


7. CAPUACA 



Cupuaçu (Theobroma grandiflorum) adalah tergolong dalam keluarga koko. Lemak dalam biji cupuaçu sama sperti larutan koko yang digunakan untuk membuat coklat. Walaupun buah ini hanya tumbuh di lingkungan lembah Amazon yang bersuhu panas dan lembap namun  ia di komersialkan di seluruh Brazil. Kayu pokok cupuaca sangat kuat dan digunakan sebagai kayu bangunan. Buah ini mempunyai bau yang sangat kuat dan mempunyai rasa masam. 

8. PEPINO

Pepino merupakan buah yang tergolong dalam keluarga terung (solanum). Buah ini berasal dari pergunungan Andes di  wilayah Peru dan Chili (Amerika Selatan). Buah pepino juga dikenali sebagai mellowfruit atau treemelon. Pepino mempunyai rasa yang seakan-akan sama dengan buah timun susu. Buah ini berwarna kuning dan mempunyai garis berwarna ungu apabila sudah masak. Buah ini juga kaya dengan vitamin C dan serat yang tinggi. 

9. TAMARILLO

 
Tamarillo merupakan sejenis buah yang rasa mirip kepada tomato tetapi berbentuk bujur. Buah ini mempunyai 40 spesis dan mudah didapati di Banjaran Andes  dan Amerika Selatan. 

10. BABACO
Babaco merupakan buah yang berasal dari keluarga betik. Ia boleh didapati di pergunungan Andes dan Amerika Selatan. Buah Babaco berbentuk silinder dan berwarna kuning  dan isinya tidak mempunyai biji. Buah ni sama macam betik je..pokok nya pun sama macam betik cuma bentuk saja lain sikit. =)