Tuesday, December 15, 2009

Rahsia di sebalik AL-FATIHAH

Kita mungkin tahu apa itu surah Al-Fatihah dan kita mungkin boleh membacanya atau menghafal surat tersebut (mana yang tak boleh baca atau menghafalnya tak apa, pintu taubat masih terbuka), tetapi tahukah kita disebalik surah tersebut terdapat rahsia dan hikmatnya yang kita mungkin tidak tahu. Nak tahu rahsia dan hikmatnya?


Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.


Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:

Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.


Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.


Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.


Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.


Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan


Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A'uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A'uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.

Dosa kuku panjang dan cincin

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan
juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang saja kita dapat kita pahala.

40 tahun - Usia Khadijah ra yang DUSTA

Sejak kita kecil, kita diajar bahawa, Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Khadijah ra. sewaktu umur Baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah ra adalah 40 tahun.

Tanpa banyak bicara dan berfikir panjang, kita menerima cerita berkenaan, tambahan pula rata-rata hampir sekalian buku2 sirah Nabi menyebutkan demikian.

saya katakan : Riwayat di atas adalah DUSTA !

===========

Isu yang Timbul :

Sebelum berkahwin dengan Nabi, Khadijah telah pun berkahwin sebanyak 2 kali.

Suami pertama Khadijah ra : Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah.

Hasilnya mereka mendapat 2 anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki bernama Hind, dan yang perempuan bernama Halah.

Suami kedua Khadijah ra. : Atiq bin ‘Aid Makhzumi.

Hasilnya mereka mendapat seorang anak perempuan yang turut diberi nama Hind.

Jadi, anak Khadijah sebelum berkahwin dengan Nabi ada 3 : Hind (Lelaki), Halah dan Hind (perempuan).

Setelah berkahwin dengan Nabi SAW, mereka telah memperoleh 7 orang anak pula iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah lah.a, Qasim, Tayyab dan Tahir.

Maka :

Dapat kita perhatikan, sebelum perkahwinan dengan Baginda SAW, di usia muda Khadijah ra, beliau telah melahirkan 3 orang anak, tapi setelah perkahwinan dengan Nabi SAW, Khadijah telah mampu pula melahirkan 7 orang anak.

Jadi :

Adakah logik kes sedemikian ? Menurut ilmu Sains Perubatan, seseorang perempuan itu dianggap telah melewati usia subur untuk melahirkan anak apabila berumur 45 tahun. Tapi, dalam cerita di atas, dapat difahami bahawa Khadijah ra telah melahirkan anak seramai 7 orang (sesetengah ulamak mengatakan 8 ) setelah usia 40 tahun ?!

============

Kesan Buruknya :

>> Pihak Orientalis akan memperbodoh2kan sejarah Islam dan menggunakan alasan di atas sebagai salah satu "modal" untuk menghentam Islam.

>> Ada juga yang mendakwa, RasuluLlah SAW hanya berkahwin dengan seorang "janda tua yang kaya" kerana ingin mendapat hartanya.

Masyarakat Kristian di Eropah dan Amerika, mempersendakan Islam dan Nabinya dengan menyindir : "Jika kamu tidak ingin papa, kahwinilah seorang janda kaya."

>> Syiah pula mendakwa bahawa Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak dii'tiraf sebagai anak Nabi SAW.

============

Jawapan kita :

Semua isu di atas tak timbul kerana kita katakan : Riwayat usia Khadijah ialah 40 tahun sewaktu berkahwin dengan Baginda SAW adalah DUSTA dan TIDAK BERASAS.

Hujah :

al-Hafiz Ibn Kathir menulis dalam al-Bidayah wa al-Nihayah:

"Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah lah.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah lah.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun."

Maksudnya : kedua-dua ulamak sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Kathir di atas iaitu Imam Baihaqi dan Hakim menyebutkan bahawa usia Khadijah sewaktu berkahwin dengan RasuluLlah SAW adalah sama ada 35 atau 25 tahun, dan LANGSUNG tidak menyebut 40 tahun.

Ibnu Kathir menulis lagi dalam kitab yang sama berhubung usia Khadijah sewaktu kewafatannya :

"Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar."

dalam masa yang sama, sekalian ulamak hadith dan sejarawan Islam telah sepakat dan bersetuju mengatakan Khadijah ra telah hidup bersama Nabi SAW selama 25 tahun, dan beliau wafat pada tahun ke-10 kerasulan Baginda. Kita tahu bahawa Baginda SAW diangkat menjadi Rasul pada usianya 40 tahun, jadi Khadijah wafat adalah pada usia Nabi 50 tahun.

Kita ada 2 poin di sini :

Hasil daripada perkahwinan itu juga, Baginda SAW telah memperoleh 7 orang anak, 3 lelaki dan 4 perempuan yang mana suatu keadaan yang boleh diterima aqal berbanding riwayat dusta dari Syiah yang penuh dengan pembohongan.


Ramai orang, bila bercakap tentang perbezaan usia dalam perkahwinan antara lelaki dan perempuan, iaitu merujuk kepada kes "usia perempuan yang lebih tua", maka akan dikaitkan dengan perkahwinan antara Nabi SAW dan Khadijah ra. Mereka katakan ini sebagai SUNNAH.

Pada hakikatnya, "kaitan" yang dibuat itu tidak tepat, kerana fakta sebenar yang selama ini terselindung dari pengetahuan kita menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan usia antara Khadijah ra dan Baginda SAW.

Pihak musuh Islam terutama dari golongan Syiah, tidak akan putus-putus berusaha menyebarkan kisah dusta kepada kita. yang tidak berhati-hati, sudah tentu akan terus menerima tanpa usul periksa. Maka ekoran dari itu, puak orientalis pula yang untung. Mereka memanfaatkan sepenuhnya setiap kekurangan dan kelemahan Islam sama ada dalam bidang hadith, sejarah dan sebagainya untuk mencemuh dan menghina Islam.

Tugas kita, sudah tentu adalah bagi "mengembalikan" semula kemurnian Aqidah, Syariat serta Sejarah Islam yang kini telah tercemar oleh tindakan2 jahat musuh2 Islam.

Mudah-mudahan bermanfaat. Sebarkan untuk maslahat bersama.

Sekian.

WA

Kajian asal oleh : ALlahyarham Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi - Seorang ulama unggul dari India - Pakistan, merupakan hafiz, qari serta pakar dalam bidang Tafsir dan Hadith.

Artikel asal : www.darulkautsar.com