Tuesday, August 16, 2011

Bangunan Tertinggi di Dunia-Burj Khalifa mempunyai 3 waktu Berbuka dan Sahur Berbeza

Khalifa Tower of Dubai (Burj al-Khalifah bi Dubai) memiliki keunikan tersendiri kerana ia merupakan bangunan tertinggi di dunia. Ketinggian Burh al khalifah ini mencapai 828 meter. Keadaan yg terlalu tinggi menyebabkan bangunan ini mengalami waktu berbuka dan bersahur yang berbeza-beza mengikut ukuran ketinggiannya.

Kementerian Urusan Islam dan Amal Sosial di Emirat Dubai, UEA, menyerukan para penghuni bangunan tersebut untuk berbuka dan bersahur di waktu yang tidak sama (berbeza),sesuai dengan kadar ketinggian di mana mereka tinggal dan berada .



Kementerian tersebut memberikan penjelasan dan jadual imsakiyyat (berbuka-bersahur) khusus bagi para penghuni Khalifa Tower. Dalam jadual tersebut menyatakan bahawa, jika penghuni tingkat 1 hingga tingkat 80 berbuka pada jam 19.00 waktu tempatan, maka penguni tingkat 81 hingga 150 berbuka dua minit kemudian (19.02), disusuli dengan penghuni tingkat 151 hingga 160, yang berbuka tiga minit berikutnya (19.05).

Sebab utama perbezaan waktu imsakiyyat bagi para penghuni bangunan tersebut adalah jarak matahari ketika terbit dan tenggelam. Bagi tingkat paling bawah, matahari terbenam lebih awal, sementara bagi tingkat tertinggi lebih lambat lima minit.



Sebagaimana petikan dari salah satu akhbar Dubai ::

DUBAI: Umat Islam yang menghuni di tingkat 80 dan tingkat lain yang lebih tinggi Burj Khalifa di Dubai dinasihatkan melewatkan waktu berbuka puasa mereka sepanjang Ramadan ini selama dua hingga tiga minit berikutan waktu terbenam matahari yang berbeza, kata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Dubai.

Waktu imsak mereka juga adalah dua minit lebih awal berbanding mereka yang tinggal di tingkat lebih rendah, kata jabatan yang sama dalam satu fatwa yang dikeluarkan.

“Penghuni di Burj Khalifa mempunyai waktu berbuka puasa, imsak dan solat Subuh yang berbeza bergantung kepada tingkat berapa mereka tinggal,” kata ketua bahagian fatwa jabatan itu, Ahmad Abdul Aziz Al Haddad.

Beliau berkata, penduduk Islam yang tinggal di tingkat 80 hingga 150 menara tertinggi di dunia itu, perlu menangguhkan waktu berbuka puasa mereka selama dua minit manakala mereka yang berada di tingkat 151 hingga 160 perlu berbuka kira-kira tiga minit lebih lewat.

“Penghuni di tingkat 80 hingga 150 perlu menunaikan solat Asar dan isyak dua minit lewat manakala solat subuh dua minit lebih awal.

“Mereka yang menghuni tingkat 150 ke atas perlu melambatkan solat Asar dan Isyak mereka tiga minit tetapi mempercepatkan waktu solat subuh tiga minit lebih awal berbanding waktu yang ditetapkan penduduk di tingkat lebih bawah,” katanya.

Al Haddad berkata, perbezaan waktu ini bagi bangunan setinggi 160 tingkat itu adalah kerana waktu matahari terbenam bagi penduduk di tingkat atas tetapi penduduk terbabit adalah mula-mula dapat melihat matahari terbit pada awal pagi.”