Tuesday, January 1, 2013

Victoria Amazonica, Teratai Terbesar di Dunia



Victoria amazonica adalah teratai yang terbesar di dunia. Ia mengembang di perairan sungai amazon. Diameter daunnya dapat tumbuh lebih dari 3 meter dan beratnya boleh mencapai sehingga 31 kg .

Teratai raksasa ini dikenali juga sebagai 
victoria regia yang merujuk kepada salah seorang ratu victoria ada ketika itu . Robert Schomburgk merupakan individu pertama yang menemui teratai ini pada tahun 1836.





























Hidangan makan tengah hari pelajar di beberapa negara



1. Korea
sup tauhu, pisang, mee , brokoli, kimchi, nasi



2. Jepun
ikan sardin, susu, nasi, jeruk, sup




3.China
ikan,kimchi,brokoli,sup,bloemkol,nasi




4. Perancis
scallops, artichoke (tumbuhan yang bunganya dimakan sebagai sayur), jeruk, cheesecake, baguette




5.Amerika Syarikat
BBQ sandwich, kerepek kentang, kacang panggang, dan pai 




6. India

nasi, kuah kacang dan sos

Fakta tentang BUMI !



  • Magma adalah batu cecair panas di bawah permukaan Bumi, ia di panggil lahar selepas ia terkeluar daripada gunung berapi.
  • Gas asli tidak mempunyai bau.Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia, supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran.
  • Hawaii bergerak menghala ke Jepun pada kelajuan 10cm setahun. Ini adalah kerana setiap satu Negara tersebut berada pada plat tektonik yang berlainan.
  • Bongkah batu gunung berapi yang dikenali sebagai pumis adalah bongkah batu yang boleh terapung dalam air.
  • Gempa bumi yang berlaku di lautan boleh menyebabkan tsunami yang boleh sampai ke darat dan membahayakan manusia.
  • Talkum merupakan galian yang paling lembut dan halus di Bumi, dengan ketebalan hanya 1 di skala Mohs. Ia digunakan untuk membuat bedak talkum.
  • Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara, ia meliputi kira-kira satu per tiga benua Afrika!
  • Gunung Everest adalah gunung tertinggi di Bumi, kemuncaknya mencapai 8,848 meter (29028 kaki) di atas paras laut.
  • Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras.Berlian semula jadi dibentuk oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar.  Ia berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.

Perayaan Tahun Baru di Beberapa Negara



Brazil-Pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, orang-orang Brazil beramai-ramai menuju ke pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, menanam mangga, betik dan tembikai di pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang dewa Lemanja. Dewa  Lemanja adalah dewa laut yang terkenal dalam legenda negara Brazil.





Amerika- Rakyat Amerika meraikan perayaan 1 januari pada malam sebelum tahun baru iatu  pada tanggal 31 Disember.Mereka akan ke pesta atau karnival yang kebanyakkannyer tertumpu di pusat hiburan Amerika iaitu Times Square.Pada jam 12 malam tepat tanggal 1 januari, loceng dan siren akan dibunyikan dan pesta bunga api secara besar-besaran diraikan. Mereka akan menyanyikan lagu sambutan tahun baru secara beramai-ramai diikuti dengan lagu Auld Lang Syne (sejenis lagu berkaitan dengan kemeriahan sambutan tahun baru..

new years eve year 2011 2012 celebration city destination vacation new york city nyc times square ball drop fireworks




Denmark- Menjelang tahun baru, rakyat Denmark akan menyambutnya dengan membaling pinggan lama di pintu rumah jiran atau kawan-kawan mereka. Semakin banyak pinggan yang dipecahkan didepan pintu rumah, menandakan semakin banyak kawan yang mereka ada. Selain itu, sebelum pukul 12 malam, mereka akan duduk di atas kerusi dan melompat dari kerusi setelah masuk tahun baru. 






Oshogatsu (Japan)- Di Oshogatsu, Jepun perayaan sambutan tahun baru merupakan satu perkara yang penting dalam tradisi mereka. Ia melambangkan kelahiran baru. Perayaan Bonenkai atau  "forget-the-year parties" diraikan bagi mengucapkan selamat tinggal kepada penderitaan tahun sebelum nya dan kebahagian tahun yang mendatang. Pada malam 31 Disember, gong di kuil Buddha akan dipukul sebanyak 108 kali. 108 kali gong dipukul menandakan 108 jenis kelemahan manusia. Kanak-kanak di Jepun akan menerima  otoshidamas yang merupakan satu hadiah yang terdapat wang di dalamnya. Selain itu juga, tradisi menghantar kad ucapan selamat tahun baru turut popular di Jepun. Pejabat Pos Jepun memberi jaminan bahawa setiap kad yang dihantar akan diterima oleh penerima pada tarikh 1 Januari.

sho





Spain- Antara ritual sambutan tahun baru di Spain adalah dengan makan 12 biji anggur dalam masa 12 saat  pada tengah malam sambutan tahun baru. 12 biji anggur ini menandakan keselamatan dan kebahagian untuk 12 bulan yang akan tiba.








Filipina- Sambutan tahun baru di Filipina memfokuskan kepada benda-benda bulat. Mereka akan makan makanan yang berbentuk bulat seperti kek, buah yang bulat seperti anggur dan oren. Mereka juga akan memakai baju yang mempunyai corak polkadot atau corak berbentuk bulat. Selepas itu, pada tengah malam sebelum menjelangnya tahun baru, mereka akan melambung wang syiling ke udara. Mereka berharap bentuk bulat yang dipakai dan syiling yang dilambung akan memberikan kekayaan kepada mereka untuk tahun seterusnya.






Greece- Perayaan sambutan tahun baru di Greede dirayakan bersempena dengan Festival St Basil. Menurut mereka, St Basil adalah pengasas kepada Gereja Ortodok Greece. Rakyat Greece merayakan sambutan tahun baru dan Festival St Basil dengan menghidangkan kek yang dikenali sebagai Vassilopitta atau "St Basil's cake". Satu keping wang syiling akan dimasukkan di dalam kek tersebut. Sesiapa yang menjumpai kek tersebut dalam sewaktu makan, akan memperoleh nasib yang sangat baik untuk tahun baru.






Chile –Melawat tanah perkuburan!! Itu merupakan tradisi sambutan tahun baru yang diraikan oleh rakyat Chile. Di bandar Talca di Chile, rakyat Chile akan berada di tanah perkuburan sehingga menjelangnya tahun baru. Mereka menyambut tahun baru di tanah perkuburan bersama-sama dengan kaum keluarga atau kawan yang telah meninggal dunia.








Ecuador - Rakyat Ecuador akan mengumpulkan gambar atau barang-barang yang tidak diperlukan lagi.  Apabila tepat pukul 12 malam, mereka akan membakar gambar dan barang-barang tersebut. Hal ini adalah simbolik bagi melupakan peristiwa yang berlaku tahun lepas dan beralih kepada tahun yang lebih baik.







Austria - Ketika jam tepat pukul 12 malam, seluruh radio dan televisyen din Austria akan memutar dan menyiarkan bunyi loceng dari St. Stephen’s Cathedral. Selepasitu, rakyat Austria akan memasang lagu klasik The Blue Danube dari Johann Strauss II. Mereka akan menari waltz mengikut rentak dan melodi lagu tersebut secara beramai-ramai tidak kira di rumah atau di tepi-tepi jalan. 



http://blogington.com/8-strange-new-years-celebrations/

Selamat Tinggal 2012, selamat datang 2013 .. Allahukhbar ....


Alhamdulillah ... syukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia oleh Allah swt untuk bernafas pada tahun 2013.Tapi adakah kita akan dapat bernafas untuk setahun 2013 sebagaimana kita bernafas setahun 2012? subhanallah...   marilah kita sama2 lafazkan syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.  Mari kita sama2 berselawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 10 kali sebelum baca artikel di bawah berkaitan dengan tahun baru

Sejarah Tahun Baru Masehi

  • Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM
  • Julius Caesar  pemerintah Rom pada ketika itu memutuskan untuk mengganti penggunaan kalender tradisional Romawi yang telah dicipta sejak abad ketujuh SM. Dalam menyusun kalendar baru ini, Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah.
  • Sosigenes menyarankan agar kalendar baru yang akan dibuat harus berdasarkan revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan orang-orang Mesir.
  • Satu tahun dalam kelander baru itu mempunyai sebanyak 365 1/4 hari 
  • Caesar  memerintahkan agar 1 hari ditambahkan pada bulan Febuari setiap empat tahun 
  • secara teorinya penambahan hari ini dapat menghindari penyimpangan dalam kalendar baru ini. 
  • Caeser mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, iaitu Julius atau Julai. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Augustus, menjadi bulan August (Ogos).