Sunday, June 26, 2016

Maharaja HongWu(1328-1398) Menulis Sajak Puji-pujian Kepada Nabi Muhammad saw dan Agama Islam


Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau.
Maharaja Hong Wu
Maharaja Hong Wu
Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.
Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.

BC5tGKqCcAEWt2q
Panglima-panglima Muslim
Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah
  • Chang Yuchun(1330-1369)
Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.
  • Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)
Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.
  • Mu Ying(1345-1392)
Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.
  • Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)
Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”.Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.
Maharani Ma
Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.
ma
Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga. Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.
The One-Hundred Word Eulogy:
Since the creation of the Universe,
Sejak terciptanya galaksi ini

God had decreed to appoint,
Tuhan telah mengangkat seseorang

This great faith-preaching man,
Satu manusia akhlak beriman

From the West he was born,
Dari barat telah dilahirkan

He received the Holy Scripture,
Baginda menerima wahyu agung

A Book of thirty parts,
Buku yang mengandungi 30

To guide all creation,
Untuk membimbing semua makhluk

Master of all Rulers,
Tuan kepada semua raja

Leader of Holy Ones,
Pemimpin 1 yang tersuci

With Support from Above,
dengan bimbingan dari atas

To Protect His Nation,
Untuk melindungi negaranya

With five daily prayers,
Bersama dengan solat 5 waktu

Silently hoping for peace,
Dalam diam mengaharap rahmat

His heart towards Allah,
Hatinya lurus kerana Allah

Empowering the poor,
Mengangkat darjat si miskin

Saving them from calamity,
Menyelamatkan mereka dari sengsara

Seeing through the darkness,
Melihat melalui kegelapan

Pulling souls and spirits,
Melalui hadir jiwa & ruh


Away from all wrongdoings,
Ma’sum dari salah dan silap

A Mercy to the Worlds,
Rahmat kepada sekalian alam

Traversing the ancient majestic path,
Menyelusuri rahsia yang silam

Vanquishing away all evil,
Memadam segala kejahatan

His Religion Pure and True,
Agamanya Suci dan Benar

Muhammad,
Muhammad

The Noble & Great one.
Yang dihormati lagi terhebat

YAHUDI juga berkhatan seperti MUSLIM



Berkhatan bagi lelaki Yahudi adalah wajib sebagaimana wajibnya lelaki ISLAM berkhatan. Sepertimana berkhatan cara ISLAM, berkhatan cara Yahudi juga membuang selaput kulit yang menutupi zakar sehingga terdedah kepala zakar.
Berkhatan bagi istilah Hebrew adalah Brit Milah. Perlu diketahui bahawa orang Yahudi terbahagi kepada beberapa loghat seperti loghat Sephardi,loghat Ashkenazi dan loghat Yiddish. Dengan itu Brit Milah jika bagi loghat Sephardi akan disebut Berit Milah, loghat Ashkenazi akan disebut Bris Milah manakala loghat Yiddish hanya akan disebut Bris sahaja.
Apapun jenis loghatnya, upacara Brit Milah tetap sama. Upacara Brit Milah boleh dikatakan semeriah majlis berkhatan bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi, majlis Brit Milah dipenuhi dengan adat-adat dan kepercayaan Yahudi.
Upacara Brit Milah
  • Upacara Brit Milah akan dilakukan kepada bayi yang menjangkaui hari ke-8 kelahirannya. Upacara ini tersangat penting hinggakan jika hari ke-8 bayi tersebut jatuh kepada hari Sabbath atau perayaan Yom Kippur, upacara ini tetap akan berlangsung.

  • Upacara Brit Milah  dilakukan pada bila-bila masa pada hari ke-8 kelahiran mengikut kesesuaian masa ibubapa bayi tersebut. Namun, kelazimannya mereka akan mengadakan upacara ini pada awal pagi hari ke-8 kelahiran.


Tempat
  • Upacara Brit Milah dilakukan di Synagogue. Namun, ia tidak memperuntukkan hanya Synagogue sahaja tempat upacara ini dilakukan. Upacara Brit Milah boleh dilakukan di Dewan  mahupun di rumah ibubapa bayi itu sendiri.


Kvatter
  • Semasa upacara ini berlangsung, seorang Kvatter akan membawa bayi ke dalam sebuah bilik khas. Kvatter adalah individu yang diberi penghormatan untuk membawa bayi daripada ibu bayi kepada bapa bayi tersebut sebelum bapa bayi itu membawanya kepada seorang Sandek.

  • Tugas Kvatter akan diberi kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak. Tujuannya adalah untuk menarik minat pasangan tersebut supaya turut mempunyai anak sendiri kelak.

 Sandek
  • Upacara Brit Milah akan berterusan lagi apabila bayi yang dibawa oleh bapanya akan diberi kepada seorang Sandek.  Sandek adalah gelaran kepada seorang yang akan memangku bayi dengan lututnya. 

  • Sandek biasanya seorang yang paling dihormati dalam keluarga ibubapa tersebut. Lazimnya, ibubapa bayi akan melantik mana-mana ayah mereka(datuk bayi tersebut) sebagai Sandek.

  • Sandek akan memangku bayi tersebut sehingga upacara Brit Milah(khatan) selesai dilakukan oleh seorang individu yang digelar Mohel.

  • Akan terdapat dua buah kerusi disediakan bagi upacara ini. Kerusi pertama adalah untuk Sandek manakala kerusi kedua dikosongkan kerana orang Yahudi percaya kerusi itu akan diduduki oleh Prophet Elijah (nabi Ilias menurut kepercayaan Yahudi). Mereka percaya bahawa setiap upacara Brit Milah dilakukan, roh Prophet Elijah akan menjelma dan duduk di kerusi tersebut sebagai saksi Yahweh(Tuhan orang Yahudi).

  • Bayi yang akan dikhatankan itu akan diletakkan di kerusi Elijah(Elijah’s chair) sebelum upacara Brit Milah dilakukan. Mohel akan membacakan doa-doa khas untuk memohon supaya roh Elijah tampil semasa upacara Brit Milah dilakukan olehnya.

  • Individu paling penting dalam upacara Brit Milah adalah Mohel. Di Malaysia, Mohel boleh diumpamakan sebagai Tok Mudim. Semua mazhab Yahudi tidak melarang seorang wanita untuk menjadi seorang Mohel kecuali mazhab Yahudi Orthodox.

  • Wanita yang menjadi Mohel digelar Mohelot. Untuk menjadi seorang Mohel atau Mohelot bukannya satu yang senang. Seorang Mohel atau Mohelot wajib mempunyai kelulusan yang diikhtiraf. Mohel atau Mohelot bukan sahaja wajib mengetahui ilmu-ilmu pembedahan tetapi juga wajib mengetahui adat-adat dan kepercayaan kaum Yahudi. Oleh sebab itu, kebanyakkan seorang Mohel adalah seorang Rabbi.

  • Mohel daripada mazhab Yahudi Orthodox masih lagi mengamalkan penggunaan cara-cara tradisional dalam upacara Brit Milah. Umpamanya, mereka masih lagi menggunakan pisau berbanding penggunaan gunting dan penyangkut(clamp). Mereka percaya penggunaan gunting akan menyebabkan kulit akan dipotong secara berlebihan.

Pemberian Nama
  • Selepas sahaja upacara Brit Milah selesai, upacara pemberian nama akan dilakukan. Nama yang diberikan mestilah nama Yahudi bayi tersebut. Pemberian nama dilakukan bagi mengikut tradisi turun-temurun sejak Prophet Abraham ditukar namanya daripada Avram atau Abram oleh Yahweh selepas selesai upacara Brit Milah.

Seudat Mitzvah
  • Kemuncak kepada upacara Brit Milah adalah Seudat Mitzvah. Seudat Mitzvah adalah upacara kenduri sebaik sahaja upacara Brit Milah selesai. Makanan yang disediakan ketika Seudat Mitzvah mestilah kosher.