Wednesday, September 14, 2011

Hasil Kajian Dr Masaru Emoto mengenai air

Dr. Masaru Emoto ialah seorang saintis di Jepun yang banyak membuat kajian ke atas molekul air. Hasil kajian beliau telah menghasilkan keputusan yang menunjukkan kebenaran Islam.
Seperti kita semua maklum molekul air akan bertindak mengikut apa yg kita sebut dan dengar. Sebab tu kadang2 kita bacakan Yassin kepada air. Badan kita mengandungi hampir sepenuhnya air, betul tak? Untuk pengetahuan semua, air mampu menyerap tenaga dengan baik dan banyak. Sebab tulah, banyak benda yang boleh dibuat dengan air dan terpulanglah kepada kita macam mana hendak memanfaatkannya. Macam yang kita tahu, molecule air cepat bertindak ke atas apa yang kita bacakan kepadanya.

Menurut kajian Dr. Masaru Emoto, air menghantar mesej kepada kita semua. Molecule of water will react upon the frequency and the condition surrounding us. This is also together with what we heard and said everyday. Dr. Emoto juga ada publish sebuah buku yang bertajuk "The Message from Water"

Beliau telah memerhatikan molekul air dan menangkap gambar2 molekul air.


Inilah bentuk molekul air yang sebenar tanpa sebarang gangguan. Inilah bentuk yang sepatutnya. Tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita sentiasa mencarut dan melemparkan kata-kata hina? Kalau kita berzikir dan membaca al-quran selalu, macam mana pula? Satu lagi kalau kita bermeditasi dan bertafakur?





sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran



selepas dibacakan ayat suci Al-Quran


Agaknya kenapa molekul jadi agak tersusun? Sebabnya, ayat2 Al-Quran yang dibaca mengandungi sesuatu kekuatan dan kebenaran yang baik dan sucimembuktikan betapa agungya wahyu Allah Taala .Lagi gambar molekul air yang dibacakan ayat Al-Quran. Tengoklah keajaibannya.



Betapa agungnya ayat suci al quran sehingga dapat mengubah bentuk molekul air kepada bentuk yang menarik.dan bayangkan kalau bentuk menarik ini masuk ke dalam tubuh kita..mesti kita bertmabah sihat kan?




Ayat di atas telah direkodkan dan diperdengarkan kepada air seberapa banyak kali yang mungkin dan begitlah hasilnya. molekul air pun boleh jadi tak tentu hala dengan ayat sebegitu. Apatah lagi kita? Tambah2 lagi 70% peratus dalam badan kita mengandungi air. So, macam mana?


Heavy metal music

Inilah hasilnya jika kita memperdengarkan lagu heavy metal. Even the water molecule break apart after hearing this type of song. Maksudnya, orang yang selalu mendengar lagu2 heavy metal, air dalam badannya sudah bercelaru sekaligus menyebabkan fikirannya juga terganggu. SO? Apa lagi yang difikirkan?

Lain pula jadinya kalau kita ucapakan kata yang baik dan merangsang fikiran. Tengoklah molekul air ini.



Thank You


Love and Appreciation

Ringkasnya, ucapkan sayang kepada keluarga kita dan jangan lupa berterima kasih juga. Ingat tak magic words? Thank you, sorry and please. Jangan main2. Air pun faham apa gunanya dan faedahnya magic words ni. Jangan lupa selalulah guna dalam kehidupan seharian kita agar kita sentiasa ingat siapa pencipta kita dan kita sedar bahawa semua di atas muka bumi ini adalah kepunyaan-NYA. KIta semua sebenarnya penumpang dan peminjam sahaja.


1 comment: