Assalamualaikum
wbt....Dah
lama dah rasa nya diri ni tak mem”blog”kan diri kat blog ni. Busy yang
sangat2..tetapi hari ni walaupun masih busy sikit tapi nak juga tulis something
kat blog ni. Something yang interesting gitewww….kali ni saya rasa nak
bercerita pasal benda2 mistik.. dalam 2 3 minggu lepas saya diceritakan oleh
beberapa orang pelajar antarabangsa bahawa mereka ada “menerima” gangguan di
kolej kediaman mereka.. Kolej mana tu ? Kalau Tanya budak2 UKM ni konfem2 dapat
jawab kolej mana yang mereka anggap ada hantu. Hantu ke kaedah nya? Huhu…
Hari
ni aku nak bercerita pengalaman aku sepanjang jadi Felo kat Kolej Pendeta
Zaba (KPZ) UKM. aku di tempatkan di rumah felo blok C . hanya ada 2 orang felo
sahaja untuk setiap blok pelajar. Blok C ni blok yang hujung, bukak tingkap Nampak
gaung, anjing lepak dengan meriahnya kat situ. masa memula saya lapor diri dan
melangkah kaki ke rumah tu, memang ok je.. apa tak ok sebab semua free…peti
ais, tivi, dapur ….semua lengkap la…lama sikit baru lah rumah tu tunjuk
taring..ngeh ngeh… kejadian pertama saya berlaku pada satu pagi,, saya
terperasan ada tulisan kat atas meja tulis dengan dakwat pen merah …tulisan tu
agak kabur tapi saya ingat patah perkataan tu “ bulan mengambang (x jelas ) da ada
2 3 patah perkataan lagi termasuk perkataan MERAH! aku agak pelik tapi malas nak pikir sebab itu mungkin
saya tertulis secara tidak sedar. Malas nak pikir.
Satu malam, housemate aku takde.. jadi
tinggallah saya sorang diri. Masa saya nak tidur, ada orang ketuk pintu,, 2 3
kali jugak..memula ingat salah dengar..lepas tu cuba korek2 telinga skit bila
dengar ketukan seterusnya...saya cepat2 keluar bukak pintu depan (main door)
sebab ingatkan ada pelajar datang memalam tertinggal kunci la atau sakit...
bila bukak tak de orang. Saya pun masuk bilik. Lepas lama sikit...dia
bunyikkkkkk lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!! (katanya ajis dan sudin dalam
filem seniman bujang lapok)....saya g bukak pintu dan duduk depan pintu tu,
tunggu kut2 ada sesaper yang nak main2 nyorok2 memalam buta ni. Agak lama
tunggu saya pun tutup. Saya duk kat ruang tamu dan bukak tv. Sebab standby nak
lari cepat2 ke pintu kalau dengar ketukan lagi. Tapi sampai kesudah tak
diketuk. Saya pun masuk bilik dan tidur.
Antara pengalaman lain ialah saya tersedar dari tidur
bila rasa kaki ni mcm digeletek-geletek gitu. yang ni saya tak amik port lagi
sebab mungkin lelabah or lelipas berjalan kat kaki. Part yang paling best, masa
tengok tv, saya ternampak satu bayangan budak kecik umur 4 5 tahun gitu la
menghala ke dapur. Masa tu saya terkejut juga tapi sempat menenangkan diri dari
pengsan dengan berkata” bayangan je tu” ...berbalik kepada ketukan di pintu,
saya trus diganggu dengan ketukan hampir setiap malam. Bilik saya ni dekat
dengan main door jadi mmg kuat la dengar nya. Sehingga lah saya dah tak tahan
sebab ada satu malam tu semakin menjadi2 ketukan.. saya memang marah sebab
ingatkan pelajar nak main2. Saya jerit2 marahkan pelajar memalam. “sape tu hah?
Dah tak de keje lain ke nak ketuk pintu...kalau betul ada masalah jangan
main2...hormat sikit”.. time ak jerit tu rasa nya students blok E yang belah2
atas yang tak tidur lagi tu tengok je aku (walaupun blok E ni kosong tak berpenghuni
tapi mungkin time tu budak2 luar datang dan stay kat situ)...mungkin diorg
pikir asal lak Felo ni melalak malam2 ni..hahahha...ak dah tak tahan pastu ak
masuk bilik ..amik kertas A4,marker hitam dan dengan tanpa berlengah lagi aku
pon tulis...
“ Kepada semua pelajar yang ingin berjumpa dengan Felo untuk sebarang urusan, sila BAGI SALAM (assalamualaikum) kepada yang Islam dan Hello, Hi, Vanakam (kepada yang bukan Islam) atau buat bunyi apa2 sahaja yang boleh membuatkan Felo akan buka pintu. Tanpa Salam dan Hello, pintu takkan di buka. Harap Maklum.
Dah siap tu..gedegang ak tampal kat pintu rumah. Esoknya housemate
aku pelik asal ak tulis mcm tu...ak pun cerita lah kat dia kenapa. Kes histeria
pun leh tahan gak kat kolej ni. Pernah satu malam 3 4 kes histeria berlaku. Kadang2
ak malas nak pikir, pelajar tengah histeria ke atau diorang tengah gelak sakan.
Pukul 2 3 pagi gelak macam langsuir mana tak jadi histeria. Pernah ak dapat
report dari pelajar yang mereka nampak lembaga.. bukan lembaga hasil dalam
negeri (SILA KLIK) atau lembaga tembakau negara (SILA KLIK) ye, tapi lembaga yang membuatkan korang takut
dan pergi toilet berteman. Bila dah banyak sangat student cakap macam tu ak pun
gtau housemate ak. Housemate aku cakap dia x pernah terima laporan mcm tu tapi
mengikut pengalaman beliau memang wujud entiti kat situ. Lalu ak pun memulakan
siasatan kecil-kecilan aku.
Tanya cleaner... diorg pun bercerita... kat rumah
ak dulu dia pernah nampak budak kecik. Budak lelaki kecik. Apa?????? Jadi apa
yang ak nampak kat dapur aritu betul la bukan bayangan ye ? ak pun cuba la korek2 dari felo2 yang pernah
duduk rumah tu sebelum ni... memang cerita budak kecik tu bertakhta di hati
mereka. Tapi malangnya felo2 yang terdahulu ramai yang tidak diberi kesempatan
untuk bertemu dengan budak kecik tu. Ada yang pernah ternampak dan ada yang
tidak. Kemuncak paling best dalam citer ak ni, apabila satu malam housemate ak
ketuk pintu bilik ak. Punye la kuat... ak x pasti dia ketuk ke dia tendang..
bila ak bukak dia terus masuk dan cakap nak tidur dengan aku. Aku pun tanya la
kenapa nye? Esok dia cerita. Esok nya dia pun semangat bercerita yang budak
kecik tu ada dalam selimut dia. Dia tersedar sebab rasa macam ada orang dalam
selimut tu. Ewah-ewah!!! Main sorok2 ye dik... disebabkan banyak sangat benda
tahyul mahyul berlaku, akhirnya dalam meeting felo bersama pengetua dan pihak
pengurusan bersetuju untuk membuat bacaa yaasin kat rumah tu. Ramai yang cakap
kurang baca quran kut...Sebelum2 ni pun tiap2 malam ak baca quran, baca yasin
tapi benda dah Allah tentukan nak jadi... ko hafal quran satu juzuk satu malam
pun kalau dah Allah cakap malam ni budak kecik tu datang, mesti la dia
datang...
Ada citer lagi best tentang rumah tu, fius kat dalam
rumah tu ngok sikit. Asal sentap sikit terus blackout. Tak tahu mana
silap.panggil orang datang check kata semua ok. Sekarang aku nak korang
bayangakan, korang tengah syok tengok tv tetiba gelap gulita. Masa tu ko sorang
je kat rumah. Dan dalam waktu yang sama ko tau rumah tu ada adik kecik? Camne ?
sempoi kan? Hahhaha.... ak pernah alami kut.. 3 4 kali rasanya sikit sangat...
dah banyak kali sangat2 dah... sampaikan kerusi nak naik turunkan balik fius
yang menyebabkan blackout tu ak biarkan je kat situ sebab malas dah nak angkut
bawak turun naik meja. Jadi bila blackout je, terus panjat dan taraaaaaa dapat
balik elektrik.
nanti sambung lagi... aku banyak kerja nak buat... nanti bila free sikit ak citer lagi... oh ye, kalau korang perasan , masa ak menaip cerita ni... kejap ak guna SAYA , kejap aku guna AKU... hahahah entah la... korang pakai la mana seswai dgn jiwa korang... kalau nak tukar kepada BETA pun aku x kisah...hahahha....