Wednesday, August 10, 2016

Fakta Sukan Olimpik


1. Sukan Olimpik Rio di Brazil merupakan pertama dalam sejarah Olimpik dianjurkan oleh negara Amerika selatan. Bandar ini menang bidaan pada tahun 2009 mengalahkan Chicago, Madrid dan Tokyo.
2. Obor sukan olimpik dinyalakan pada 21 April 2016 di tempat asal sukan tersebut, Olympia di Greece sebelum menjelajah ke serata Brazil lebih kurang 90hari dan berkahir di Rio pada 5Ogos.
3. Seramai 10,5000 atlit dari 206 negara mengambil bahagian dalam kejohanan  yang berlangsung 17 hari melibatkan 306 acara.
4. Sukan Olimpik Rio berlangsung di 4 tempat berbeza iaitu :
-Copacabana, pantai terkenal di dunia melibatkan acara bola Tampar,
-Barra untuk kebanyakkan acara,
-Deodoro untuk acara akuatik dan ekuestrian
-Maracana-2 buah stadium untuk acara yang berkaitan
5. Slogan sukan Olimpik Rio adalah Viva Sua Paixao (Live your Passion)
6. Maskot Olimpik Rio dikenali sebagai Vinicius, berwarna kuning dan biru yang meggambarkan kehidupan alamsemulajadi di Brazil. Maskot tersbut merupakan kucing atau monyet yang mampu terbang dan mempunyai keupayaan untuk melenturkan badan. Nama Vinicius diambil dari karya yang bertajuk  "The Girl From Ipanema’ oleh ahli muzik Bossa Nova.
7. Sebanyak 7.5 juta tiket telah terjual yang berharga dari $40 sehingga $3000 (lebih kurang rm100 ke rm10000) untuk acara pembukaan sukan Olimpik Rio. Acara yang paling popular adalah bola sepak, bola keranjang dan bola jaring.
8. Penyertaan kaum wanita dalam sukan Olimpik untuk pertama kali adalah pada tahun 1900 di Paris.
9. Olav V, Raja Norway telah memenangi emas dalam acara kapal layar pada sukan Olimpik Armsterdam pada 1928 dan King Constantine of Greece memenangi emas dalam acara yang sama pada tahun 1960 di Rom.
10. Pemenang pingat emas tertua dicatatkan dalam sejarah Olimpik ialah pada tahun 1912 di Stockholm dalam acara menembak oleh Oscar Swahn yang berusia 64 tahun pada ketika itu.
11. Sukan Olimpik di China pada 2008 bermula tepat pada jam 8:08:08 PM bertarikh 8/8/08 kerana nombor 8 adalah nombor bertuah bagi masyarakat Cina.
12. SUkan Olimpik yang pertama mendapat liputan menyeluruh televisyen adalah sukan Olimpik Rome pada tahun 1960.
13. Golf tersenarai dalam Olimpik Rio selepas 112 tahun tidak disenaraikan. International Olympic Committee (IOC) telah memasukkan kembali acara golf yang kali terakhir tersenarai pada tahun 1900 dan 1904. 18 lubang Golf di Rio telah di reka khas oleh jurutera golf America, Gil Hanse yang berpusat di Malvern, Pennsylvania.