Wednesday, September 14, 2011

Ibu Unik dan Aneh Yang Pernah Ada di Dunia

1. Melahirkan 8 Bayi dengan selamat


Dikenali sebagai "Octomom", Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mencuri perhatian dunia setelah beliau melahirkan octuplets pada bulan Januari 2009. Nadya, seorang ibu tunggal menganggur, telah memiliki enam anak lain pada saat itu dan ditambah pula dengan kelahiran
octuplets.

2. Ibu Paling Muda Di Dunia (5 Tahun)

Lina Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah perubatan.beliau melahirkan anak pada usia 5 tahun 7 bulan 21 hari. Lahir di Ticrapo, Peru, Madinah dibawa ke hospital oleh orang tuanya pada usia lima tahun kerana peningkatan saiz perut. Dia awalnya dianggap mempunyai tumor, tetapi para doktor mendapati dia hamil tujuh bulan. Dr Gerardo Lozada membawanya ke Lima, Peru, dan memastikan bahawa Madinah hamil. Satu bulan setengah kemudian, pada tarikh 14 Mei 1939, beliau telah melahirkan seorangbayi lelaki dengan kaedah caesaran kerana punggunggnya yang kecil. Operasi dilakukan oleh Dr Lozada dan Dr Busalleu.


3. Ibu Tertua ketika melahirkan bayi

Setelah menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi Lohan melahirkan bayi pertama beliau pada bulan November 2008, pada usia 70.


4. Ibu dengan jumlah anak terbanyak [69 Anak]

Menurut Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sejarah adalah seorang petani dari Shuya, Rusia, yang dikenali hanya sebagai isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak di abad 18, dari 27 kehamilan


5. Ibu Lelaki pertama di Dunia

Thomas Beatie adalah Orang pertama yang menjadi seorang ibu lelaki. Dilahirkan sebagai seorang wanita,beliau menjalani pembedahan tukar jantina dan hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi((pembedahanan rahim). Beliau memutuskan untuk ada bayi sendiri, melalui inseminasi buatan menggunakan sperma penderma dan telur Beatie sendiri.


6. Ibu Kembar tertua

Kerana terlampau inginkan anak lelalki, Omkari Panwar ,70 tahun ,telah menjadi ibu kembar tertua. Beliau membayar kos rawatan untuk mempunyai ahli waris lelaki atas ladang keluarga. Beliau menjual kerbau, menggadaikan tanah, menghabiskan simpanan hidup mereka dan mengambil pinjaman kad kredit untuk mebuatkan beliau mendapat anak lelaki.

7. Ibu Tumpang Tersubur di Dunia

Carole Horlock, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun - termasuk kembar tiga. Menajdikan beliau mencatat rekod dunia untuk ibu tumpang yang paling produktif. "Ketika saya pertama kali menjadi ibu tumpang, saya berharap untuk melakukannya sekali," katanya. Dia dibayar rata-rata $ 25,000 hingga $ 30.000 untuk perkhidmatan tersebut.

8. Ibu Terkecil di Dunia

Ibu terkecil di dunia ini telah melahirkan bayi untuk kali ketiga walaupn telah diingatkan doktor tentang bahaya untuk kehamilan seterusnya. Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2, 4 inch, berani menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. beliau menderita osteogenesis imperfekta yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang.


9. Ibu dengan Bayi Terkecil di Dunia

Mahajabeen Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada 19 September 2004 di Loyola University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 8,6 ons dan panjang 10 inci merupakan bayi terkecil di dunia. Ia dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang tinggal dengan kedua orangtua di Hanover Park, beratnya hanya 8,6 ons pada saat lahir, tapi sekarang berat sekitar 15 kilogram dan dalam keadaan sihat.

10. Ibu dengan Interval Terlama Antara Anak

Elizabeth Ann Buttle ibu yang memegang rekod untuk tempoh terpanjang di antara kelahiran dua kanak-kanak. Beliau melahirkan anak nya Belinda pada Mei 19,1956 dan Joseph pada November 20, 1997. Beza tempoh kelahiran Elizebeth dan joseph ialah 41 tahun 185 hari .

No comments:

Post a Comment