Brazil-Pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, orang-orang Brazil beramai-ramai menuju ke pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, menanam mangga, betik dan tembikai di pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang dewa Lemanja. Dewa Lemanja adalah dewa laut yang terkenal dalam legenda negara Brazil.
Amerika- Rakyat Amerika meraikan perayaan 1 januari pada malam sebelum tahun baru iatu pada tanggal 31 Disember.Mereka akan ke pesta atau karnival yang kebanyakkannyer tertumpu di pusat hiburan Amerika iaitu Times Square.Pada jam 12 malam tepat tanggal 1 januari, loceng dan siren akan dibunyikan dan pesta bunga api secara besar-besaran diraikan. Mereka akan menyanyikan lagu sambutan tahun baru secara beramai-ramai diikuti dengan lagu Auld Lang Syne (sejenis lagu berkaitan dengan kemeriahan sambutan tahun baru..
Denmark- Menjelang tahun baru, rakyat Denmark akan menyambutnya dengan membaling pinggan lama di pintu rumah jiran atau kawan-kawan mereka. Semakin banyak pinggan yang dipecahkan didepan pintu rumah, menandakan semakin banyak kawan yang mereka ada. Selain itu, sebelum pukul 12 malam, mereka akan duduk di atas kerusi dan melompat dari kerusi setelah masuk tahun baru.
Oshogatsu (Japan)- Di Oshogatsu, Jepun perayaan sambutan tahun baru merupakan satu perkara yang penting dalam tradisi mereka. Ia melambangkan kelahiran baru. Perayaan Bonenkai atau "forget-the-year parties" diraikan bagi mengucapkan selamat tinggal kepada penderitaan tahun sebelum nya dan kebahagian tahun yang mendatang. Pada malam 31 Disember, gong di kuil Buddha akan dipukul sebanyak 108 kali. 108 kali gong dipukul menandakan 108 jenis kelemahan manusia. Kanak-kanak di Jepun akan menerima otoshidamas yang merupakan satu hadiah yang terdapat wang di dalamnya. Selain itu juga, tradisi menghantar kad ucapan selamat tahun baru turut popular di Jepun. Pejabat Pos Jepun memberi jaminan bahawa setiap kad yang dihantar akan diterima oleh penerima pada tarikh 1 Januari.
Spain- Antara ritual sambutan tahun baru di Spain adalah dengan makan 12 biji anggur dalam masa 12 saat pada tengah malam sambutan tahun baru. 12 biji anggur ini menandakan keselamatan dan kebahagian untuk 12 bulan yang akan tiba.
Filipina- Sambutan tahun baru di Filipina memfokuskan kepada benda-benda bulat. Mereka akan makan makanan yang berbentuk bulat seperti kek, buah yang bulat seperti anggur dan oren. Mereka juga akan memakai baju yang mempunyai corak polkadot atau corak berbentuk bulat. Selepas itu, pada tengah malam sebelum menjelangnya tahun baru, mereka akan melambung wang syiling ke udara. Mereka berharap bentuk bulat yang dipakai dan syiling yang dilambung akan memberikan kekayaan kepada mereka untuk tahun seterusnya.
Greece- Perayaan sambutan tahun baru di Greede dirayakan bersempena dengan Festival St Basil. Menurut mereka, St Basil adalah pengasas kepada Gereja Ortodok Greece. Rakyat Greece merayakan sambutan tahun baru dan Festival St Basil dengan menghidangkan kek yang dikenali sebagai Vassilopitta atau "St Basil's cake". Satu keping wang syiling akan dimasukkan di dalam kek tersebut. Sesiapa yang menjumpai kek tersebut dalam sewaktu makan, akan memperoleh nasib yang sangat baik untuk tahun baru.
Chile –Melawat tanah perkuburan!! Itu merupakan tradisi sambutan tahun baru yang diraikan oleh rakyat Chile. Di bandar Talca di Chile, rakyat Chile akan berada di tanah perkuburan sehingga menjelangnya tahun baru. Mereka menyambut tahun baru di tanah perkuburan bersama-sama dengan kaum keluarga atau kawan yang telah meninggal dunia.
Ecuador - Rakyat Ecuador akan mengumpulkan gambar atau barang-barang yang tidak diperlukan lagi. Apabila tepat pukul 12 malam, mereka akan membakar gambar dan barang-barang tersebut. Hal ini adalah simbolik bagi melupakan peristiwa yang berlaku tahun lepas dan beralih kepada tahun yang lebih baik.
Austria - Ketika jam tepat pukul 12 malam, seluruh radio dan televisyen din Austria akan memutar dan menyiarkan bunyi loceng dari St. Stephen’s Cathedral. Selepasitu, rakyat Austria akan memasang lagu klasik The Blue Danube dari Johann Strauss II. Mereka akan menari waltz mengikut rentak dan melodi lagu tersebut secara beramai-ramai tidak kira di rumah atau di tepi-tepi jalan.
http://blogington.com/8-strange-new-years-celebrations/
No comments:
Post a Comment