- Lebah madu Afrika (Killer Bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter)
- Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di bahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya
- Lebah menggunakan Matahari sebagai kompas. Walaupun Matahari dilitupi awan, ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit.
- Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia
- Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (kira-kira 20.92 – 24.24 kilometer sejam)
- Lebah mengembara sebanyak 1600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 auns madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu, lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi
- Lebah perlu pergi ke 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu
- Sepanjang tempoh pengeluaran madu, jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja.
- Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40-45,000 ekor lebah. Jadi jangan kacau sarang lebah ye adik-adik.
- Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
- Suhu sarang lebah adalah sekitar 32-35°C (90-95°F)
- Permaisuri lebah mengeluarkan 2000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000 – 200,000 biji teluar setahun
- Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan
- Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50 – 1000 kuntum bunga sehari, tetapi kadang-kala boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari.
- Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit
- Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimana letaknya nektar dan debunga.
- 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor).
- Otak lebah berbentuk bujut dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kemampuan yang luar biasa untuk belajar dan mengingati sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpulkan madu lebah
- Anggaran 1100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut
- Drone adalah lebah jantan yang lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak berkerja. Satu-satunya tugas drone ini adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah.
kredit to : http://cisdel.com
No comments:
Post a Comment