Monday, December 31, 2012

Gambar Berwarna Terawal di Dunia


Gambar-gambar yang bakal anda lihat di bawah ini adalah antara gambar-gambar berwarna pertama yang diambil oleh Sergei Mikhailovich Prokudin. Beliau merupakan pengasas kepada gambar berwarna di dunia yang bermula sekitar awal abad ke 20. Antara gambar-gambar tersebut adalah:


 
Biara Svetlitsa Island, Saint Nihil Stolbenskii Biara, Danau Seliger 
Tahun :1910 



Kereta Api Trans-Siberia di atas Sungai Kama berdekatan Perm, Pergunungan Ural 

Tahun :1910 





Fabrik tekstil katun interior di Tashkent 

Tahun 1905 -1915 



Petani perempuan  di Rusia di sepanjang Sungai Sheksna berdekatan kota Kirillov 

Tahun : 1909




Salah satu sisi dari Altar Dmitrievskii Katedral, Vladimir 

Tahun : 1911



Lelaki duduk di hadapan pintu yurt  

Tahun : 1905 -1915.



Isfandiyar Khan dari Khorezm Rusia

Tahun  :1910 -1915.


Bashkir switchman,

 Tahun: 1910



Seorang lelaki bersama unta 

Tahun : 1905 -1915


Sergei Mikhailovich Prokudin (hujung sekali, topi coklat ) bergambar dengan dua orang lelaki

tahun :  1915.

Sumber: 
http://woamu.blogspot.com/2009/10/10-foto-berwarna-pertama-di-dunia.html

Jambatan Gantung diperbuat dari Rumput Qoya



1
Jambatan gantung Qeswachaka terletak sekitar 100 Km 
dari kota Cuzco, Chile. 

2



Panjang jambatan tersebut sekitar 120 meter 
    yang membentangi sungai Apurimac iaitu sekitar 
      13,000 kaki di atas air. 
      3

      Rumput Qoya yang panjang ditenun sehingga 
      menjadi jambatan yang membentang diatas sungai. 
      4
      Jambatan Qeswachaka dibuat dari rumput Qoya. 

      5
      Lebar jambatan Qeswachaka hanya untuk dilalui seorang sahaja. 


      6
      Jambatan ini cepat reput dan rosak. Oleh itu penduduk 
      di sana menggantikannya setiap setahun sekali atau 
      apabila ia sudah tidak dapat digunakan.

      7

      8
      sekitar 1.000 orang dari penduduk sekitar berkumpul di 
      jambatan Qeswachaka setiap minggu kedua bulan Jun 
      untuk melakukan upacara pembangunan jambatan. 



      Merupakan satu tradisi peninggalan kerajaan Inca di Chile
      Penduduk di sana lebih suka menggunakan jambatan rumput Qoya bagi menghormati nenek moyang mereka dan tetap menjaga tradisi kekal selama-lamanya. 

      9 

      Fakta Unik Rumput



      1. Ada lebih dari 10,000 spesies rumput di dunia. 
      Contoh-contoh rumput adalah seperti gandum, jagung,
       oat dan tebu.

      2. 20% tanaman di seluruh dunia adalah berasal

       dari rumput. 

      3. Rumput boleh tumbuh dan hidup di kutub utara 
      hingga sekitar khatulistiwa.

      4.
        90% berat rumput berasal dari akarnya saja.  

      5.    Ketinggian rumput boleh mencapai 
      40m bersamaan 120 kaki.

      6.     Buluh juga tergolong dalam spesies rumput.

      7.      Rumput adalah berwarna hijau 
      kerana kandngan chlorophyll yang 
      terdapat di dalamnya. Itu yang membuatkan 
      rumput berwarna hijau.

      8.       Kebanyakkan haiwan Herbivor makan rumput 
      untuk hidup contoh Panda makan buluh. 
      Buluh adalah dalam kategori rumput.



      5 Perpustakaan Terbesar di Dunia


      1. Library of Congress, Washington, DC.


      Library of Congress, Washington DC merupakan perpustkaan terbesar di Amerika Syarikat. 
      Jumlah buku yang terdapat dalam perpustkaan tersebut adalah 30,000,000 naskhah 
      terdiri daripada pebagai bahasa dan jurusan. Ia dibina pada tahun 1800. 



      2. National Library of China.



       National Library of China terletak di Beijing. 
      Perpustkaan ini memiliki lebih kurang 22 juta buku. 
      Ia dibina pada tahun 1909.


      3. Library of the Russian Academy of Sciences.


      Library of the Russian Academy of Sciences merupakan perpustakaan 
      yang terletak di bandar St Petersburg. Perpustakaan ini memiliki lebih kurang 20 juta naskhah buku.
      Ia siap dibina sepenuhnya pada tahun 1714 dan antara perpustaakan tertua di dunia.


      4. National Library of Canada.



      National Library of Canada terletak di Ottawa, Canada.
      Perpustakaan ini mempunyai 18.8 juta naskhah buku.
      Ia dibina pada tahun 1953.



      5. German National Library.


      German National Library terletak di  ibu negara German iaitu Frankfurt. 
      Perpustakaan ini mempunyai 18.5 juta naskhah buku.
      Ia dibina pada tahun 1990.



      6. British Library.


      British Library yang terletak di bandar London ini merupakan salah satu bangunan  tertua yang terdapat di London.
      Perpustakaan ini mempunyai 16 juta naskhah buku.
      Ia dibina pada tahun 1753.



      7. Institute for Scientific Information Russian Academy of Sciences.

       Institute for Scientific Information Russian Academy of Sciences terletak di pusat bandar Russia iaitu Moscow.
      Perpustakaan ini mempunyai 13.5 juta naskhah buku.
      Ia dibina pada tahun 1969. Walaupun nama perpustkaan ini lebih menjurus kepada sains informasi, namun tidak semua buku yang terdapat di dalam nya adalah berkaitan dengan sains informasi.


      8. Harvard University Library.

      Harvard University Library terletak di Cambridge ini mrupakan antara bangunan kemegahan Universiti Harvard.
      Perpustakaan ini mempunyai 13.1 juta naskhah buku.
      Ia dibina pada tahun 1638.


      9. Vernadsky National Scientific Library of Ukraine.



      Vernadsky National Scientific Library of Ukraine terletak di Kiev, Ukraine. 
      Perpustakaan ini mempunyai 13 juta naskhah buku.
      Ia dibina pada tahun 1919.



      10. New York Public Library.



      New York Public Library terletak di NY, USA.
      Perpustakaan ini mempunyai 11 juta naskhah buku.
      Ia dibina pada tahun 1895








      20 Fakta tentang LEBAH





      1. Lebah madu Afrika (Killer Bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter)
      2. Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di bahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya
      3. Lebah menggunakan Matahari sebagai kompas. Walaupun Matahari dilitupi awan, ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit.
      4. Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia
      5. Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (kira-kira 20.92 – 24.24 kilometer sejam)
      6. Lebah mengembara sebanyak 1600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 auns madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu, lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi
      7. Lebah perlu pergi ke 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu
      8. Sepanjang tempoh pengeluaran madu, jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja.
      9. Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40-45,000 ekor lebah. Jadi jangan kacau sarang lebah ye adik-adik.
      10. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
      11. Suhu sarang lebah adalah sekitar 32-35°C (90-95°F)
      12. Permaisuri lebah mengeluarkan 2000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000 – 200,000 biji teluar setahun
      13. Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan
      14. Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50 – 1000 kuntum bunga sehari, tetapi kadang-kala boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari.
      15. Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit
      16. Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimana letaknya nektar dan debunga.
      17. 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor).
      18. Otak lebah berbentuk bujut dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kemampuan yang luar biasa untuk belajar dan mengingati sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpulkan madu lebah
      19. Anggaran 1100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut
      20. Drone adalah lebah jantan yang lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak berkerja. Satu-satunya tugas drone ini adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah. 


      kredit to : http://cisdel.com

      20 Fakta Tentang Islam



      1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. 

      2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

      3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. 

      4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

      5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

      6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

      7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

      8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

      9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

      10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

      11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

      12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

      13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

      14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

      15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

      16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

      17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

      18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

      19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

      20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim 

      membangun Kaabah.

      kredit to : http://panduanpercuma.info