Friday, April 30, 2010

SAKARATUL MAUT

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda katanya, "Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka diperintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada di bumi ini dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat, bermula umat Nabi Adam hinggalah kepada umat Nabi Muhammad.

Setelah semuanya mati maka tinggallah Malaikat Jibril a.s dan Hamalatul Arsy.Allah lalu memerintahkan Malaikat Maut (Izrail a.s) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya,
"Wahai Izrail ! Siapa yang masih tinggal?" Jawab Izrail,
"Engkau ya Allah, zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selama-lamanya, yang
tinggal hanyalah aku seorang, hamba yang lemah dan tak berdaya."
Lalu Allah berfirman, "Wahai Izrail ! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati, Aku jadikan engkau untuk melaksanakan tugasmu dan kau juga harus mati".

Maka pergilah Izrail ke suatu tempat di antara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri.

Apabila rohnya dicabut, maka terjerit terlolonglah Malaikat Izrail seperti orang gila yang tidak keruan. Andaikata masih ada makhluk Allah di muka bumi waktu itu nescaya akan mati semuanya kerana mendengar jeritan yang amat dahsyat.

Berkata Malaikat Izrail a.s, "Kalaulah begini kesakitannya semasa mencabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut ruh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali".

No comments:

Post a Comment