Tuesday, December 15, 2009

40 tahun - Usia Khadijah ra yang DUSTA

Sejak kita kecil, kita diajar bahawa, Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Khadijah ra. sewaktu umur Baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah ra adalah 40 tahun.

Tanpa banyak bicara dan berfikir panjang, kita menerima cerita berkenaan, tambahan pula rata-rata hampir sekalian buku2 sirah Nabi menyebutkan demikian.

saya katakan : Riwayat di atas adalah DUSTA !

===========

Isu yang Timbul :

Sebelum berkahwin dengan Nabi, Khadijah telah pun berkahwin sebanyak 2 kali.

Suami pertama Khadijah ra : Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah.

Hasilnya mereka mendapat 2 anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki bernama Hind, dan yang perempuan bernama Halah.

Suami kedua Khadijah ra. : Atiq bin ‘Aid Makhzumi.

Hasilnya mereka mendapat seorang anak perempuan yang turut diberi nama Hind.

Jadi, anak Khadijah sebelum berkahwin dengan Nabi ada 3 : Hind (Lelaki), Halah dan Hind (perempuan).

Setelah berkahwin dengan Nabi SAW, mereka telah memperoleh 7 orang anak pula iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah lah.a, Qasim, Tayyab dan Tahir.

Maka :

Dapat kita perhatikan, sebelum perkahwinan dengan Baginda SAW, di usia muda Khadijah ra, beliau telah melahirkan 3 orang anak, tapi setelah perkahwinan dengan Nabi SAW, Khadijah telah mampu pula melahirkan 7 orang anak.

Jadi :

Adakah logik kes sedemikian ? Menurut ilmu Sains Perubatan, seseorang perempuan itu dianggap telah melewati usia subur untuk melahirkan anak apabila berumur 45 tahun. Tapi, dalam cerita di atas, dapat difahami bahawa Khadijah ra telah melahirkan anak seramai 7 orang (sesetengah ulamak mengatakan 8 ) setelah usia 40 tahun ?!

============

Kesan Buruknya :

>> Pihak Orientalis akan memperbodoh2kan sejarah Islam dan menggunakan alasan di atas sebagai salah satu "modal" untuk menghentam Islam.

>> Ada juga yang mendakwa, RasuluLlah SAW hanya berkahwin dengan seorang "janda tua yang kaya" kerana ingin mendapat hartanya.

Masyarakat Kristian di Eropah dan Amerika, mempersendakan Islam dan Nabinya dengan menyindir : "Jika kamu tidak ingin papa, kahwinilah seorang janda kaya."

>> Syiah pula mendakwa bahawa Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak dii'tiraf sebagai anak Nabi SAW.

============

Jawapan kita :

Semua isu di atas tak timbul kerana kita katakan : Riwayat usia Khadijah ialah 40 tahun sewaktu berkahwin dengan Baginda SAW adalah DUSTA dan TIDAK BERASAS.

Hujah :

al-Hafiz Ibn Kathir menulis dalam al-Bidayah wa al-Nihayah:

"Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah lah.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah lah.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun."

Maksudnya : kedua-dua ulamak sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Kathir di atas iaitu Imam Baihaqi dan Hakim menyebutkan bahawa usia Khadijah sewaktu berkahwin dengan RasuluLlah SAW adalah sama ada 35 atau 25 tahun, dan LANGSUNG tidak menyebut 40 tahun.

Ibnu Kathir menulis lagi dalam kitab yang sama berhubung usia Khadijah sewaktu kewafatannya :

"Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar."

dalam masa yang sama, sekalian ulamak hadith dan sejarawan Islam telah sepakat dan bersetuju mengatakan Khadijah ra telah hidup bersama Nabi SAW selama 25 tahun, dan beliau wafat pada tahun ke-10 kerasulan Baginda. Kita tahu bahawa Baginda SAW diangkat menjadi Rasul pada usianya 40 tahun, jadi Khadijah wafat adalah pada usia Nabi 50 tahun.

Kita ada 2 poin di sini :

Hasil daripada perkahwinan itu juga, Baginda SAW telah memperoleh 7 orang anak, 3 lelaki dan 4 perempuan yang mana suatu keadaan yang boleh diterima aqal berbanding riwayat dusta dari Syiah yang penuh dengan pembohongan.


Ramai orang, bila bercakap tentang perbezaan usia dalam perkahwinan antara lelaki dan perempuan, iaitu merujuk kepada kes "usia perempuan yang lebih tua", maka akan dikaitkan dengan perkahwinan antara Nabi SAW dan Khadijah ra. Mereka katakan ini sebagai SUNNAH.

Pada hakikatnya, "kaitan" yang dibuat itu tidak tepat, kerana fakta sebenar yang selama ini terselindung dari pengetahuan kita menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan usia antara Khadijah ra dan Baginda SAW.

Pihak musuh Islam terutama dari golongan Syiah, tidak akan putus-putus berusaha menyebarkan kisah dusta kepada kita. yang tidak berhati-hati, sudah tentu akan terus menerima tanpa usul periksa. Maka ekoran dari itu, puak orientalis pula yang untung. Mereka memanfaatkan sepenuhnya setiap kekurangan dan kelemahan Islam sama ada dalam bidang hadith, sejarah dan sebagainya untuk mencemuh dan menghina Islam.

Tugas kita, sudah tentu adalah bagi "mengembalikan" semula kemurnian Aqidah, Syariat serta Sejarah Islam yang kini telah tercemar oleh tindakan2 jahat musuh2 Islam.

Mudah-mudahan bermanfaat. Sebarkan untuk maslahat bersama.

Sekian.

WA

Kajian asal oleh : ALlahyarham Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi - Seorang ulama unggul dari India - Pakistan, merupakan hafiz, qari serta pakar dalam bidang Tafsir dan Hadith.

Artikel asal : www.darulkautsar.com

No comments:

Post a Comment