Wednesday, August 10, 2016

Fakta Sukan Olimpik


1. Sukan Olimpik Rio di Brazil merupakan pertama dalam sejarah Olimpik dianjurkan oleh negara Amerika selatan. Bandar ini menang bidaan pada tahun 2009 mengalahkan Chicago, Madrid dan Tokyo.
2. Obor sukan olimpik dinyalakan pada 21 April 2016 di tempat asal sukan tersebut, Olympia di Greece sebelum menjelajah ke serata Brazil lebih kurang 90hari dan berkahir di Rio pada 5Ogos.
3. Seramai 10,5000 atlit dari 206 negara mengambil bahagian dalam kejohanan  yang berlangsung 17 hari melibatkan 306 acara.
4. Sukan Olimpik Rio berlangsung di 4 tempat berbeza iaitu :
-Copacabana, pantai terkenal di dunia melibatkan acara bola Tampar,
-Barra untuk kebanyakkan acara,
-Deodoro untuk acara akuatik dan ekuestrian
-Maracana-2 buah stadium untuk acara yang berkaitan
5. Slogan sukan Olimpik Rio adalah Viva Sua Paixao (Live your Passion)
6. Maskot Olimpik Rio dikenali sebagai Vinicius, berwarna kuning dan biru yang meggambarkan kehidupan alamsemulajadi di Brazil. Maskot tersbut merupakan kucing atau monyet yang mampu terbang dan mempunyai keupayaan untuk melenturkan badan. Nama Vinicius diambil dari karya yang bertajuk  "The Girl From Ipanema’ oleh ahli muzik Bossa Nova.
7. Sebanyak 7.5 juta tiket telah terjual yang berharga dari $40 sehingga $3000 (lebih kurang rm100 ke rm10000) untuk acara pembukaan sukan Olimpik Rio. Acara yang paling popular adalah bola sepak, bola keranjang dan bola jaring.
8. Penyertaan kaum wanita dalam sukan Olimpik untuk pertama kali adalah pada tahun 1900 di Paris.
9. Olav V, Raja Norway telah memenangi emas dalam acara kapal layar pada sukan Olimpik Armsterdam pada 1928 dan King Constantine of Greece memenangi emas dalam acara yang sama pada tahun 1960 di Rom.
10. Pemenang pingat emas tertua dicatatkan dalam sejarah Olimpik ialah pada tahun 1912 di Stockholm dalam acara menembak oleh Oscar Swahn yang berusia 64 tahun pada ketika itu.
11. Sukan Olimpik di China pada 2008 bermula tepat pada jam 8:08:08 PM bertarikh 8/8/08 kerana nombor 8 adalah nombor bertuah bagi masyarakat Cina.
12. SUkan Olimpik yang pertama mendapat liputan menyeluruh televisyen adalah sukan Olimpik Rome pada tahun 1960.
13. Golf tersenarai dalam Olimpik Rio selepas 112 tahun tidak disenaraikan. International Olympic Committee (IOC) telah memasukkan kembali acara golf yang kali terakhir tersenarai pada tahun 1900 dan 1904. 18 lubang Golf di Rio telah di reka khas oleh jurutera golf America, Gil Hanse yang berpusat di Malvern, Pennsylvania.

Monday, July 4, 2016

Solat Sunat Tasbih


Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri ituسبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu padasetiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

Caranya;

1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)


b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk – 10 kali tasbih
    • Iktidal – 10 kali tasbih
    • Sujud pertama – 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
    • Sujud kedua – 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.


8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.


9. Membaca doa solat tasbih;


Jumlah Bacaan Tasbih dalam Solat Sunat Tasbih


Jika dikerjakan 4 rakaat dengan 1 salam:-



https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tasbih/

Sunday, June 26, 2016

Maharaja HongWu(1328-1398) Menulis Sajak Puji-pujian Kepada Nabi Muhammad saw dan Agama Islam


Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau.
Maharaja Hong Wu
Maharaja Hong Wu
Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.
Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.

BC5tGKqCcAEWt2q
Panglima-panglima Muslim
Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah
  • Chang Yuchun(1330-1369)
Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.
  • Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)
Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.
  • Mu Ying(1345-1392)
Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.
  • Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)
Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”.Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.
Maharani Ma
Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.
ma
Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga. Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.
The One-Hundred Word Eulogy:
Since the creation of the Universe,
Sejak terciptanya galaksi ini

God had decreed to appoint,
Tuhan telah mengangkat seseorang

This great faith-preaching man,
Satu manusia akhlak beriman

From the West he was born,
Dari barat telah dilahirkan

He received the Holy Scripture,
Baginda menerima wahyu agung

A Book of thirty parts,
Buku yang mengandungi 30

To guide all creation,
Untuk membimbing semua makhluk

Master of all Rulers,
Tuan kepada semua raja

Leader of Holy Ones,
Pemimpin 1 yang tersuci

With Support from Above,
dengan bimbingan dari atas

To Protect His Nation,
Untuk melindungi negaranya

With five daily prayers,
Bersama dengan solat 5 waktu

Silently hoping for peace,
Dalam diam mengaharap rahmat

His heart towards Allah,
Hatinya lurus kerana Allah

Empowering the poor,
Mengangkat darjat si miskin

Saving them from calamity,
Menyelamatkan mereka dari sengsara

Seeing through the darkness,
Melihat melalui kegelapan

Pulling souls and spirits,
Melalui hadir jiwa & ruh


Away from all wrongdoings,
Ma’sum dari salah dan silap

A Mercy to the Worlds,
Rahmat kepada sekalian alam

Traversing the ancient majestic path,
Menyelusuri rahsia yang silam

Vanquishing away all evil,
Memadam segala kejahatan

His Religion Pure and True,
Agamanya Suci dan Benar

Muhammad,
Muhammad

The Noble & Great one.
Yang dihormati lagi terhebat