-aMaLiNa-

Thursday, February 28, 2013

SYIAH vs AMALINA

Assalamualaikum wbt... Selamat sejahtera buat anda semua. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Seperti yang dijanjikan dulu (lama dah janji) untuk saya berkongsi cerita tentang kawan-kawan SYIAH saya yang belajar di UKM. Apa yang bakal anda baca nanti adalah berdasarkan apa yang telah mereka (kawan Syiah saya) cerita dan apa yang saya perhatikan mereka buat...Tujuan saya tiada lain hanya untuk berkongsi pengalaman saya sahaja.. Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya sekiranya terdapat sebarang kekhilafan...

Di UKM memang terdapat ramai sangat orang Iran. Iran yang Syiah la. dan saya pun ramai berkawan dengan orang Iran ni... antara nama kawan saya ni adalah Jaureh, Afsaneh, Fatema, Maryam dan ramai lagi lah. Antara mereka ni saya paling rapat dengan Afsaneh  & Fatema. Mereka sangat-sangat baik. Pernah dulu ada seorang kawan saya bernama Malik menasihati saya jangan terlampau rapat dengan mereka sebab Malik tau agenda Syiah katanya. Tapi saya tetap berkawan sebab bagi saya berkawan tu tak salah..macam kita berkawan dengan Cina, India laa... Sekarang saya nak kongsinya satu persatu benda yang saya dapat sepanjang berkawan dengan afsan dan fatema ni.

1-  Orang Iran amat membenci nama AISHAH dan sangat SUKA nama FATIMAH/FATEMA
### Seorang kawan saya bernama Aishah datang jumpa saya, kebetulan Afsan ni ada bersama saya time tu,, saya kenalkan AIshah kepada Afsan... lepas je Aishah pergi Afsan cakap.."Poor her about the name" Lepas tu saya tanya kenapa lak nak kesian.. dia pun cerita laaa semuanya

2-Tidak solat terawih sebab bagi mereka solat terawih adalah bidaah
### Afsan pernah call saya masa bulan puasa nak minta saya ajarkan dia bahasa Melayu. tapi saya cakap tak boleh sekarang sebab nak gie terawih. pastu dia cakap, tak perlu terawih, tu semua bida'ah (keterlaluan).. 

3-Cara amik wuduk mereka sangat berbeza
### Dulu saya ada satu kelas masa sem 2 iaitu class West Asian Studies. Kelas tu dihandle oleh dua orang pensyarah yang saya tabik spring iaitu Prof Dr Safar Hashim dan Dr. Rahim Ahmad (sangat rindu kelas tu).. dalam kelas tu ramai Arab, melayu, indon semua la... kemudian pada hari tu, Prof Safar minta kami berbincang mengenai...mengenai entah...lupa...!! tapi yang penting tetiba seorang classmate saya time tu, nama dia MOUSA KADEM dari Iraq sangatsangatttttsangatttttttttttt kuat SYIAH nya. beliau dengan beraninya mengatakan bahawa cara orang SUNNI berwuduk adalah SALAH SAMA sekali. SUnni berwuduk macam mandi. basah satu badan. MOUSA sempat ajarkan kami cara-cara berwuduk dengan betul. Kalau tak silap saya, wuduk Syiah hanya dengan menitikkan air ke atas jari dan sapu -sapu macam tu je. Mousa turut berbahas dengan geng-geng arab Sunni yang lain seperti Aida (Palestine), Layla (Syria) dan Iman (Libya). Tapi si MOUSA ni tetap mempertahankan SYIAH dia tu. sehingga Prof safar mententeramkan keadaan. Yang saki baki melayu yg ada seperti saya, hafiz, dan lain2 diam je laa.. nak mencelah memang tak lah...

4- Wajib menutup kepala/rambut
### Menurut afsan, di Iran, turun je dari kapal terbang memang kena cover rambut dan kepala walaupun hanya separuh. Tak boleh free hair macam tu je...

5- Buka puasa yang lambat
### Kejadian ni berlaku kat saya sendiri. Pada bulan puasa yang lepas, sewaktu saya di library UKM, seorang kawan saya dari Iran bernama Akhbar datang kat saya. Akhbar merupakan Presiden kepada pelajar-pelajar Iran di Malaysia (katanya laaaa).... Dia menjemput saya dan kawan saya Malik kemajlis buka puasa yang dianjurkan oleh persatuan pelajar-pelajar iran. Saya dan Malik memang rancang tak nak pergi sebab malik memang tak suka sangat2 orang Iran. Tapi entah macam mana last minit kami jadi pergi jugak. Kami sampai kat majlis tu pukul 645. kami diperdengarkan dengan orang mengaji.tapi agak lain sikit. malik ni faham sebab dia Arab jadi dia ajak saya balik terus. masa kami nak keluar, tetiba akhbar datang dan demi menghormati akhbar, saya dan malik stay kat situ tunggu orang azan. lagipun kalau kami kelaur time tu, memang x sempat nak cari makanan untuk buka puasa.

Lepas sorang-sorang orang naik mengaji. waktu time tu dah nak pukul 8 dah. Saya dan Malik naik heran sebab tak bukak-bukak puasa lagi ni.Makanan pun tak ada nampak pun. Waktu tu dah sah-sah waktu berbuka dah lama lepas. pastu Akhbar plak berucap. ucapan nye bleh tahan panjang. Malik rakam ucapan akhbar sebab nanti nak minta mana2 orang Iran terjemahkan balik apa yang diucapkan. dalam 8.10 baru makanan di beri. Kami cepat2 amik makaanan sebab dah lapar sangat2. Sekali bukak dalam polestrene tu tengok tomato bakar dengan sayur je. pastu Teh Iran. berasap juga kami time tu .. lepas tu kami cepat2 kelaur sebab x solat maghrib pun lagi. rupa-rupanya, orang Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. sebab bagi mereka,buka puasa hanya bila betul-betul dah malam, dah nampak bulan, bintang, meteor bagai baru leh bukak puasa. Kalau hari hujan macam mana tu ? ohh ye,,,,kawan saya maliksempat pergi dua kali kemajlis bukak puasa Iran semata-mata nak siasat siapa sebenanrnya akhbar..huhu...

6-Sembahyang beralaskan batu
###Saya pernah solat sebelah Afsan, siap solat tu saya duduk la dulu zikir-zikir sikit. Pastu saya tengok Afsan tercari-cari something dalam beg dia. Pastu dah jumpa dia letak kat atas sejadah dan semayang. Afsan sujud kat atas batu tu...Afsan siap semayang saya tanya dia... "apa benda tu" pastu dia cakap..."itu adalah batu suci. orang syiah tidak sah sembahnyang kalau tak ada batu tu. batu tu di ambil dari Karbala"...pastu saya tanya laa..."kalau tak de batu tu camne? kalau lupa bawak ke apa?" "Kalau tak ada boleh alaskan tangat kat dahi...yang penting jangan terus sujud kat atas sejadah direct" saya pun diam je laaa.... 

7-sembahyang tepuk peha
### masa afsan sembahyang, saya perhatikan banyak juga beza dengan kita ni. Dah nak siap sembahyang tu dia tepuk-tepuk peha dia.saya tak perhatikan plak berapa kali tapi 2,3 kali gak la... yang ni saya lupa nak tanya kenapa dia tepuk-tepuk. 

8-binatang berkaki 2 tidak disembelih
### Kawan saya jaureh pernah bagitau dia masak ayam sendiri...dan karankan sendiri ayam dia kat kampung di iran. Bila saya tanya dia cakap..di iran, binatang berkaki dua tidak disembelih. Tapi bila saya tanya afsan dan fatema, mereka cakap ada yang disembelih dan ada yang tidak.. tengok daerah agak nya kut. dah banyak kali juga laa saya makan makanan yang jaureh bawak dari Iran. sabar je laaaa....

9-Tidak sembahyang jumaat
###Aritu saya, malik dan beberapa lelaki Iran lain ada kelas bahasa Melayu..saya sebagai cikgu.... waktu tu harijumaat...dan malik minta tangguhkan dulu sebab nak pergi solat jumaat. tetiba seorang kawan Iran saya, Khilani, cakap kat malik solat jumaat tu hanya benda yang direka-reka... jangan percaya semua tu. Saya agak terkejut, dan lepas tu Afsan cerita kat saya yang solat jumaat tidak diwajibkn di Iran. 

10-Jumlah sembahnyang 3 kali sehari
###Saya pernah ke Alamanda Putrajaya bersama dengan 3 orang kawan saya iaitu Fatema (yang dari iran tu), Lara (German) dan Ghaddar (Yemen) --+++ghaddar ni perempuan ye, bukan bekas pemain bola sepak kelantan tu..huhu++ masa nak solat zohor, Lara tunggu kat luar jaga barang2 sebab dia non-muslim. saya, ghaddar dan Fatema solat pukul 1.55. bila siap solat saya keluar... then ghaddar plak... kami pun tunggu fatema ni. lama sangat sampai si Lara dah membebel. dia dah la tak solat kena jaga barang lagi pastu tungguplak si fatema ni lambat. pukul 250 baru siap solat. rupa2nya fatema ni cakap zohor dan asar boleh combine sekali. tak perlu nak sembahyang 2 kali. bukan ke waktu zohor dan waktu asar tu dekat2.. buat apa nak sembahyang 2 kali untuk waktu yang sama?" saya dan ghaddar ada la bahas2 sikit2... tapi malas nak mengeruhkan keadaan sangat memandangkan kami semua ke alamanda dengan kereta fatema...kang ada gak yang kena balik jalan kaki... 


11-Sembahnyang kena jauh dari orang lain
### masa sembahyang, kawan saya afsan selalu sembahynag jauh dari tempat orang lain biasa sembahyang. bila saya tanya dia cakap, sembahnang jauh2 tu lagi bagus dan khusyuk...

12-Tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai rasul
### berdasarkan apa yang afsan cerita kat saya, masa Jibril tu nak bagi wahyu kat rasulullah, jibril tersalah landing kat depan rasulullah...sebenanrnya Jibril kena landing kat tempat Ali bukan rasulullah saw...mak aihhh..boleh plak jibril tersalah landing ye dakkk...?

13-tidak percaya al quran
### dulu saya pernah baca al quran pastu afsan tegur..dia cakap al quran sekarang adalah al quran yang tidak benar. yang benar hanya ada pada imam mahadi... yang tu baru al quran yang betul... tentang ni saya malas nak tanya dia lebih-lebih... tapi apayang saya sempat dengar dia cakap macam tu laa...



14- pakai pakaian hitam dan mencederkan diri pada hari assyura
### pada hari assyura hari tu...saya tengok 3,4 orang kawan Iran saya memakai pakain hitam dari atas sampai bawah. Bila di tanya mereka cakap itu adalah penghormatan kepada Ali. Yang paling best kawan saya ni cucuk jarum kat jari dia nak kelaurkan darah. sebab tu tanda menangisi kematian saidina Hussien ,,,,,,  pada anggapan saya, afsan memang sangat alim (syiah)...sebab kawan-kawan syiah saya ada yang tidak sealim dia...


Saya minta maaf sekiranya apa yang saya bagitau kat sini tidak menyenangkan hati mana-mana pihak. Dan sekiranya terdapat kesalahan fakta, itu apa yang saya perhatikan dan dengar dari kawan-kawan iran saya. kalau mereka tipu, tipu lah saya. ada banyak lagi...nanti ada masa saya sambung ye.. Assalamualaikum wbt...







11 comments:

  1. emi, ore bru nk ajk g sminar mendepani virus syiah
    http://muafakatmalaysia.com/2012/12/01/seminar-mendepani-virus-syih/
    ..suitable ngan post emi hihi
    (umu)

    ReplyDelete
  2. agak2 lah klu nk menipu

    ReplyDelete
  3. Siapa yg menipu ni ye? Klau saya yg menipu maka seolah2 jatuh kafir lah sy kerana seolah2 sy mempersendakan perkara akidah mcm ni. Semua yg sy cerita itu berdasarkn pengalaman sy dgn mereka. If mereka tipu sy maka tipu lah sy. Allah pun tahu kan? Terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Sy bks pelajar ukm. Sila buat laporan kat pihak atasan la berkaitan dgn std iran ni. Klau da siap perlekehkan Al-Quran, n berkaitan solat, xkan nk didiamkan sahaja. Klau mereka pengaruhi std lain, cik amalina kira bertanggungjawab kerana mndiamkan perkara ini. Itu pendapat ikhlas sy utk anda. Tq

    ReplyDelete
  5. Untuk maklumat en anynomous..laporqn telah dibuat lama dah.. sebelum artikel ni ditulis lagi rasanya... dan mereka sudah dipantau.. dan gerakan mereka oun bawah pemerhatian majlis agama islam selangor... terima kasih atas cadangan dan pandangan. Dan terima kasih untuk komen yang sebelum nya. Allah memberkati anda..

    ReplyDelete
  6. Sabarlah amalina. Org syiah tidak akan pernah senang..mereka menganggap sunnah itu najis dan haiwan.

    ReplyDelete
  7. kat youtube pun ada video sembahyang jumaat so secara teorinya syiah sama juga mcm sunni ada yg xsembahyang jumaat sbb malas.

    ReplyDelete
  8. tak sama dowh...solat jumaat sunni wajib manakala syiah tak wajib, wallahualam. jangan pandai2 buat teori kalau tidak berilmu. setiap percakapan (mulut atau taip) akan di hisab. ingat lebih baik diam dan bertanya bukan bising dan membuat teori kosong...

    ReplyDelete
  9. Kesian saudara baru yang mencari Islam tetapi sebalik nya terjerumus ke arah Syiah pula dan sangkaan mereka itu lah Islam yang sebenar. Semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk ke arah jalan yang benar. Amin.

    ReplyDelete
  10. saya pun ada berkawan dengan mereka.. tp kawan saya ni percaya Quran, percaya nabi Muhammad, pergi semhyg jumaat.....

    ReplyDelete
  11. saya pun ada berkawan dengan mereka.. tp kawan saya ni percaya Quran, percaya nabi Muhammad, pergi semhyg jumaat.....

    ReplyDelete