-aMaLiNa-

Tuesday, March 22, 2011

DOSA MENGUMPAT

MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Perbuatan itu mungkin menyebabkan kesusahan, kerugian, perasaan malu dan mendapat nama buruk akibat cerita itu.

Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda bermaksud:
Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim)


Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui ia difahami oleh orang mendengarnya.

Mengumpat banyak mendatangkan keburukan. Oleh itu, Islam melarang umatnya mengumpat.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Tidak ramai melakukan zina kerana dosanya amat besar tetapi ramai tidak sedar setiap hari melakukan dosa lebih besar daripada zina.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Maksud hadis itu dengan jelas membuktikan orang mengumpat dikategorikan sebagai belum beriman dengan hatinya biarpun lidahnya mengaku beriman.

Orang mengumpat bakal dimalukan biarpun dia berada di rumahnya sendiri. Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.

Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.

Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.

Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata “alangkah pendeknya perempuan itu” kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.

Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.

Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit.

Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan ‘mesra’. Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah.

Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.” Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.” Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Walaupun perbuatan menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain amat dilarang dan berdosa besar, ada masanya kita diharuskan berbuat demikian. Perbuatan itu hendaklah bertujuan kebaikan dan bukan saja-saja suka menceritakan keburukan orang.

Antara contoh keadaan yang dibenarkan ialah menceritakan sifat seseorang yang suka menipu. Kita menceritakan sifatnya itu bertujuan supaya orang lain berhati-hati dan tidak akan mudah ditipu olehnya.

Tetapi janganlah ditambah cerita mengenai sifat lain pula. Contohnya, selain cerita sikapnya suka menipu, diceritakan juga sifatnya suka minum arak. Ini kerana di antara kedua-dua sifat itu tidak mempunyai hubungan dan bukan untuk tujuan asal agar tidak tertipu.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Jauhkan diri daripada berada dalam suasana yang boleh menyebabkan berlakunya mengumpat.

( SILA KLIK UNTU BESARKAN GAMBAR ... )

Oleh itu, perbanyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat “

7 comments:

  1. very good article. sy mintak izin utk share kat dlm fb ok? :)

    ReplyDelete
  2. ok dear,,,, dipersilakan...ni smua ilmu Allah... smoga kita mndapat rahmat dan redha Nya dunia akhirat...

    ReplyDelete
  3. kurang sedikit suhu perasaan marah bila baca blog ini.

    Harap-harap lepas ini tidak ada lagi kerja-kerja mengumpat dan mengintip

    Kerja mengumpat hanya syaitan yang buat....kalau manusia mengumpat... maknanya syaitan di kalangan manusia

    Kerja mengintip ini orang kafir yang buat.... kalau buat kerja mengintip kafir lah orang itu.

    Semakin pandai mengintip semakin kafir lah orang itu

    Nak pandai mengintip lagi pergilah belajar dengan Amerika.... baru jadi kafir terus dan murtad terus

    Mengintip kaya... boleh minta duit...

    Sudahlah mengintip orang minta duit pula .....

    Itulah celakanya pengintip....

    Sama-sama berdoa :

    " Ya Allah kau celakakanlah pengintip yang jahat yang mencari kesalahan saudara semasa islam untuk kepentingan diri mereka sendiri "

    " Kecelakaan yang besar bagi pengkeji dan pengumpat "

    ReplyDelete
  4. Jadilah kera yang hina

    ReplyDelete
  5. Ya Allah !!! Kau bisukanlah orang yang mengumpat dan memfitnah agar semua rakyat malaysia yang tidak bersalah tidak teraniaya

    ReplyDelete
  6. " Ya Allah !!! Kau tukarlah orang yang bisu kepada bercakap dan orang yang boleh bercakap tetapi mengumpat dan memfitnah kepada bisu

    ReplyDelete
  7. " Ya Allah !!! Kau tukarlah orang yang buta kepada boleh melihat dan orang yang boleh melihat tetapi mengintip mencari kesalahan orang lain kepada buta "

    ReplyDelete