Tuesday, August 10, 2010

harapan ramadhan



.~~~~.~~~~~~~~~~.


Assalamualaikum wbt sahabat sekalian ...

alhamdulillah hari ni , 11 0gos 2010 ,bersamaan dgn 1 ramadhan 1431... syukur kpd Allah swt..kerana tahun ni dapat lagi sy dan anda smua, diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mncari syurgaNya dgn beribadah ...Harapan Ramadhan sy tahun ni semoga sy tingkat kan amala sy... insyaAllah..

Saya masih ingat time muda2 dlu [[ skrg dah tua...huhu]] , sy wajib ikut arwah datuk dan nenek sy ke surau +masjid .. setiap malam datuk jadi imam solat terawih..sbb datuk sy time tu imam kat kg.. walaupon sy ni cucu imam..tp sy x mewarisi ketakwaan , keimanan , kesopanan dan kesusilaan dr datuk sy...hmmm btul laa kata org...iman x dapat diwarisi...... datuk sy org baik , org kampung smua respek... tp bila cakap bab cucu...org kampung geleng kepala... tali air mana x penah sy selam... lembu org mana x penah sy lastik... jahat btul time kecik2 dlu..
....

paling x leh lupa , waktu arwah datuk bg kuliah subuh... semua jemaah kusyuk mndengar tapi sy selaku cucu imam... berborak sakan kat blakang... nakal teramat !!..datuk sy dah jeling2 dah tp sy wat bodo je..... kesian datuk sy... pastu smpai umah terus kena bebel... bermula dr saat itu.. tiap kali g masjid wajib duk sebelah nenek sy...sbb kalau ckp sennag nenek sy cubit..hahhaha.. sblh ptg lak...tolong arwah datuk n nenek sy buat juadah bukak poser untuk jemaah masjid... mse tu rasa cam kenduri di bulan puasa...
..mcm2 lauk buat... best sgt2... kalau barang x cukup..sy laa yg akan ke kedai dgn basikal cabuk sy... balik dr kedai basikal sy dah macam motosikal keling jual roti... penuh dgn barang2... smpai kan org kedai nk tolong hantarkan tp sy jawab.... X PAYAH !! everything's under control ...hahahha...

sy dibesarkan oleh arwah datuk n nenek...sbb tu sy jd budak kampung .... sy penah tolong arwah datuk bersihkan kubur , buat bata , bancuh simen umah , gali perigi , tanam kacang , panjat pokok arghhh byk lagi laaa....... sy penah disuruh datuk sy untuk tulis nama kat batu nisan , bukan nama saya...nama org yg dah meninggal tu leee.......smpai skrg kalau sy balik kg.. sy akan pergi kubur tu... tgk tulisan sy kat batu nisan tu...sy akan berbangga...walaupon sy ketika itu drjah 4... tapi tulisan jawi sy cukup cantik ...lallalalalla..... [[ aku puji diri sendiri sbb xde org puji ]] ..hhahha.... alhamdulillah hasil duk dgn datuk nenek sy... sy terer jawi... perghh... hahhaa... sbb dlu datuk sy langgan akhbar UTUSAN ZAMAN ..nak tak nak baca laa jugak...

sy byk blajar bahasa arab dr datuk nenek sy... sbb datuk saudara sy orang mekah dan kalau dia balik malaysia dia akan 'lepak-lepak' umah datuk sy... dan sehinggalah sy belajar bahasa arab smpai terer skrg ni..hahhaha..terer aaa sgt... terer mengira dr 1 smpai 10 ..ngengggg ~~ hahhaha... dlu kecik2 sy mmg nakal ... budak kg mcm tu laa...duk plak dgn datuk nenek yg sentiasa dimanja-manjakan .... dan waktu tu best fren sy adalah pakcik sy... kami slalu bersama2... kena rotan bersama2 , kena bebel bersama2 , tapi kalau bab panjat pokok kami x bersama2 sbb sy yg panjat , pakcik sy yg kutip...kadang2 sy kekeliruan jantina... spatutnya laki panjat pompuan kutip...hahhaha......



sy nak sgt2 balik umah sbb nk terawih sama2 dgn mak ayah sy... alhamdulillah.. sy mempunyai seorang ayah yg sgt SEMPURNA bg sy ... setiap kali bulan puasa ayah sy ajak smua jemaah ramai2 kami adik beradik ... siap tazkirah ... dan paling penting tiap kali bulan ramadhan .. ayah sy akan suruh mak + adik beradik ...KHATAM AL-QURAN ..ayah sy ckp.. paling x pun..sekali setahun mesti kahtam al quran...dan bulan puasa laa bulan paling digalakkan.... Alhamdulillah ... kami adik beradik bersemangat baca al quran sbb ayah sy dah bg semnagat awal2 tentang janji Allah untuk hambaNya... malam raya plak..tiap2 tahun ayah sy akan wat solat tasbih... walaupon solat tu agak penat sbb bacaan panjang tp smnagt yg ayah sy bg buat kami adik beradik btul2 bersemnagat nk wat solat tasbih... Alhamdulillah ya Allah..walaupon ayah sy x terer agama..jauh lgi ustaz, tp ayah sy leh bimbing kami adik beradik.... ayah sy dlu sekolah omputih xde agama langsung... mak sy lgi laa..walaupon anak imam tp g sekolah pakai skirt paras peha....biasa laa skolah asrama penuh dlu2 mmg ZALIM ...hahhahaha

byk betul kenangan ramadhan sy waktu kecik2 dlu... skrg ni smua dah berlalu..dan puasa kali ni adalah puasa KALI PERTAMA sy tanpa arwah datuk... datuk sy baru je meninggal dunia awal tahun ni...paling sy x leh lupa..beberapa bulan sblm datuk sy meninggal... arwah datuk sy menceritakan kpd sy tentang mimpi beliau.. kawan2 beliau yg dah meninggal dunia..datang menziarahi datuk sy... dan datuk sy tanya laa kawan2 dy tu... "best ke duk kat kubur ?" pastu kawan2 dy jawab..."nikmat sgt2.... jom laa join kitorg... ramai skit kat sana.."...datuk sy jawab.." nnt aku akan pergi....tunggu aku ye .."... mimpi arwah datuk tu jadi kenyataan sbb beliau betul2 g jumpa kawan2 nya kat 'sana'...

hari raya tahun ni sy akan bersedih sbb kalau tahun lps... sehari sblm raya meriah sbb smua anak cucu balik kg... dan datuk sy akan wat persiapan untuk bg khutbah sempena solat aidlfitri dan sy lah yg akan crikan buku isi2 khutbah tu dalam almari kitab nya... dan skrg ni...umah datuk sy iaitu tempat sy membesar akan dirobohkan sbb rumah tu dah terlalu uzur...sy sayang rumah tu.... sy akan menangis sbb disitu laa say dilahirkan...disitulah bermula nya hidup sy...disitulah sy mmbesar... dan disitulah sy belajar mcm mana nak jd org... terima kasih tok ayah ,..cucu-cucu mu akan sentiasa merindui mu ....semoga tenang dan bahagia tok ayah di sana....Al-fatihah wat tok ayah....


.~~~~.~~~~~~~~~~.











::doa sepanjang ramadhan::

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
?Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.?

Hari Keempat
?Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk
melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan
perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.?


Hari Kelima
?Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang
sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu
yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya?
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih.?


Hari Keenam
?Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan
maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan
balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.?


Hari Ketujuh
?Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.?

Hari Kelapan
?Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.?

Hari Kesembilan
?Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.


Hari Kesepuluh
?Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.?


Hari Kesebelas
?Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.?

Hari Kedua Belas
?Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.?


Hari Ketiga Belas
?Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.?

Hari Keempat Belas
?Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.?

Hari Kelima Belas
?Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut

Hari Keenam Belas
?Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.?

Hari Ketujuh Belas
?Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.?

Hari Kelapan Belas
?Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.?

Hari Kesembilan Belas
?Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.?

Hari Kedua Puluh
?Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.?

Hari Kedua Puluh Satu
?Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.?

Hari Kedua Puluh Dua
?Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.?

Hari Kedua Puluh Tiga
?Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.?


Hari Kedua Puluh Empat
?Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.?

Hari Kedua Puluh Lima
?Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya? Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.?


Hari Kedua Puluh Enam
?Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.?

Hari Kedua Puluh Tujuh
?Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.?

Hari Kedua Puluh Lapan
?Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.?


Hari Kedua Puluh Sembilan
?Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.?

Hari Ketiga Puluh
?Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.?

ramadhan ya ramadhan

Sejarah Ramadhan

# Ramadhan: ertinya panas terik
# Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
# Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
# Bulan di mana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
# Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
# Dipilih untuk ibadat puasa.
# Dipilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

# Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
# Bulan penuh keberatan.
# Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
# Amal sunat sama dengan solat fardhu.
# Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
# Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
# Bulan menambah rezeki.
# Memberi buka banyak pahala.
# Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.
# 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah.

sahur



dari segi bahasa sahur berasal dari kata سَحَرَ iaitu akhir malam, menjelang subuh.
pengertian sahur secara istilah adalah seperti yang dikatakan Imam Al Azhari beliau berkata,

“Sahur adalah segala sesuatu yanG dikonsumsi pada waktu sahur, baik itu berupa makanan, susu, tepung (dan sebagainya).“



Dalam riwayat yang lain baginda bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” (Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai) Mengikut hadis ini pula, bersahur menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab. Umat Islam disuruh melewatkan sahur kerana nabi bersabda, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” (Ahmad) Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan ini Zaid bin Thabit pernah berkata, “Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid bin Thabit disoal, “Berapa lama masa antara keduanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?” Berkata Zaid, “Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran.” (Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar disebutkan, “Imam Ibn Abdil Bar berkata, hadis-hadis yang menerangkan tentang kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur kesemuanya adalah bertaraf sahih dan mutawatir.” Penekanan nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.


Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun dari tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan dari itu satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini.

Tambahan dari itu, puasa meredakan tekanan atau stress pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, bersedekah, memelihara lidah serta membanyakkan solat dan zikir. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.


Justeru puasa Ramadan yang diwajibkan Allah kepada umat Islam adalah sesuai dengan fitrah semula jadi manusia dan ia mampu dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat kerana pendekatannya adalah tidak memudaratkan. Yang paling penting ialah, ia adalah ibadah yang diwajibkan Allah dan Allah amat mengetahui apakah yang terbaik bagi manusia.


“(iaitu) orang-orang yang berdoa, ‘Ya, Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,’ (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.” (QS. Ali ‘Imran:16-17)