- Sotong Kurita mempunyai 3 hati.
- Kupu-kupu merasa melalui kaki.
- Kuda menggunakan ekspresi muka untuk berkomunikasi sesama mereka.
- Tupai tidak sendawa atau muntah.
- Beruang polar mempunyak kulit yang berwarna hitam.
- Cuasa yang panas menyebabkan kelahiran penyu betina adalah lebih tinggi berbanding penyu jantan.
- Harimau Siberia merupakan spesies harimau paling berat iaitu 500 paun atau lebih (225kg). Harimau siberia betina lebih berat dari harimau jantan
- Peguin dapat hidup sehingga 15-20 tahun (bergantung kepada spesies) dan menghabiskan 75% masa di dalam laut.
- Bisa ular tedung selar boleh membunuh seekor gajah!
- Monyet dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu OLD WORLD MONKEY yang boleh dijumpai di Afrika dan Asia serta NEW WORLD MONKEY yang boleh di dapati di Amerika Selatan
- Jumlah telur paling banyak yang pernah dihasilkan oleh seekor ayam betina adalah 371 biji.
- Purata lembu tidur dalam sehari adalah 4 jam.
- Lebah akan menghinggapi bunga sekitar 50-100 kuntum untuk menghasilkan madu dalam badan.
- Seekor mentadak boleh makan sehingga 100 ekor nyamuk sehari.
- Seekor lintah mempunyai 32 otak dan 3000 gigi.
- Air kencing unta adalah sangat pekat kerana ia mengekalkan air di dalam badan.
- Burung hantu boleh makan 1000 ekor tikus setahun.
- Burung unta mempunyai 3 perut.
- Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang boleh terbang
- Gajah boleh menghidu bau air 3 baru jauhnya.
Friday, September 12, 2014
FAKTA TENTANG HAIWAN YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU
Thursday, August 28, 2014
Kanak-kanak lelaki yang mempunyai tangan gergasi di India
Di India, seorang kanak-kanak lelaki menghidap satu penyakit saraf yang menjadikan jari-jari beliau membesar.. Gamar yang dipaparkan dibawah bukan untuk mengaibkan beliau...sama2 kita bersyukur dengan apa yang kita ada... Tanda bersyukur anda..jom baca al-fatihah sebelum tengok gambar2 beliau....










http://hmetroo.blogspot.com/
Friday, July 11, 2014
BUAH YANG ANDA MUNGKIN TIDAK PERNAH TAHU KEWUJUDANNYA
1. ACKEE
Buah Ackee adalah buah yang boleh didapati di jamaica. Ia sering digunakan oleh orang Jamaica dalam masakan. Buah ackee yang belum matang mengandungi racun dan jika tertelan akan menyebabkan muntah dan kekejangan. Walaupun ia sudah ranum, buah ini juga beracun dan hanya boleh dimakan di bahagian yang berwarna kuning yang lembut sahaja. Buah ini juga boleh menyebabkan kematian jika tersilap makan!!
2. JABUTICABA
Jabuticaba adalah satu pokok unik yang mengeluarkan buah dari batangnya. Ianya hanya tumbuh di Minas Gerais dan Sao Paulo, Brazil. Ia juga dikenali sebagai Anggur Brazil. Jabuticaba juga boleh dimakan segar dan dibuat wine. Buah ini ini hanya segar setelah dipetik selama 3 atau 4 hari sahaja. Buah ini berbentuk bunga dan berwarna putih susu ketika muda dan bertukar menjadi hijau muda. setelah masaka ranum , buah ini akan bertukar kepada warna ungu tua. Buah ini mempunyai rasa manis dan isi yang kenyal.
3. TIMUN LANDAK

Timun landak berbntuk bulat lonjong dengan tonjolan kulit mirip duri atau tanduk. Warnanya kuning menyala dan isi berwarna hijau segar. Timun Landak ini boleh didapati di Afrika dan dikenali sebagai kiwano. Timun Landak juga mempunyai berbagai nama seperti African horned cucumber, jelly melon, hedged gourd.
4.BUAH AJAIB

Buah Ajaib atau juga sering disebut miracle Berry atau nama saintifiknya Synsepalum Dulcificum, Buah ini banyak di temukan di Ghana, Afrika Barat. Buah ini juga boleh didapati di Asia tenggara terutama Indonesia dan Malaysia. Buah ini merupakan buah yang sangat ajaib. Buah ini boleh mengubah rasa. Bahkan buah ini boleh mengubah rasa masa limau nipis menjadi manis. Buah ini ketika dimakan akan terasa agak masam pada mulanya, namun lama kelamaan akan berubah manis, dan ketika kita minum air , rasanya akan manis seperti sirap. .
5. AGUAJE
Buah Aguaje atau nama saintifiknya Mauritia Flexuaso adalah pokok sawit Amerika Selatan. Ia mempunyai rasa masam manis dan mempunyai vitamin A, C dan E yang tinggi. Ia mempunyai kepekatan asid oleik yang tinggi (Omega 9). Aguaje juga dipercayai dapat meningkatkan kesuburan.
6. Deliciosa Monstera
Deliciosa Monstera juga dikenali sebagai The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant dan monster fruit, Buah yang berasal dari jenis anggur ini merupakan tanaman yang berasal dari Mexico dan Panama. Tinggi pokoknya boleh mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm, dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis atau gigitan ular.
7. CAPUACA
Cupuaçu (Theobroma grandiflorum) adalah tergolong dalam keluarga koko. Lemak dalam biji cupuaçu sama sperti larutan koko yang digunakan untuk membuat coklat. Walaupun buah ini hanya tumbuh di lingkungan lembah Amazon yang bersuhu panas dan lembap namun ia di komersialkan di seluruh Brazil. Kayu pokok cupuaca sangat kuat dan digunakan sebagai kayu bangunan. Buah ini mempunyai bau yang sangat kuat dan mempunyai rasa masam.
8. PEPINO
Pepino merupakan buah yang tergolong dalam keluarga terung (solanum). Buah ini berasal dari pergunungan Andes di wilayah Peru dan Chili (Amerika Selatan). Buah pepino juga dikenali sebagai mellowfruit atau treemelon. Pepino mempunyai rasa yang seakan-akan sama dengan buah timun susu. Buah ini berwarna kuning dan mempunyai garis berwarna ungu apabila sudah masak. Buah ini juga kaya dengan vitamin C dan serat yang tinggi.
9. TAMARILLO
Tamarillo merupakan sejenis buah yang rasa mirip kepada tomato tetapi berbentuk bujur. Buah ini mempunyai 40 spesis dan mudah didapati di Banjaran Andes dan Amerika Selatan.
10. BABACO
Babaco merupakan buah yang berasal dari keluarga betik. Ia boleh didapati di pergunungan Andes dan Amerika Selatan. Buah Babaco berbentuk silinder dan berwarna kuning dan isinya tidak mempunyai biji. Buah ni sama macam betik je..pokok nya pun sama macam betik cuma bentuk saja lain sikit. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)