Wednesday, May 18, 2016

Konsep HALAL bagi Islam dan KOSHER bagi Yahudi


Kosher adalah istilah bagi diet pemakanan orang Yahudi yang serupa dengan istilah HALAL bagi umat ISLAM. Bergitu juga dengan istilahTrefa, ia adalah serupa istilahnya dengan HARAM bagi umat Islam. Akan tetapi kosher tidak serupa peraturannya dengan halal bagi umat islam. Ini kerana, terdapat beberapa makanan yang boleh dimakan oleh orang Yahudi tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Bergitu juga sebaliknya, terdapat beberapa makanan boleh dimakan oleh orang Islam tetapi tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.

Persamaan Halal dan Kosher
Terdapat beberapa perkara yang boleh dikatakan sama antara Halal dan Kosher. Antaranya adalah:
1.         Memakan Babi dan produk daripada Babi tidak boleh dimakan
ISLAM:Mengenai larangan memakan Babi bagi umat islam terdapat dalamAl-Quran(Al-Baqarah ayat 173):
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”

YAHUDI:Mengenai larangan memakan Babi pula bagi orang Yahudi terdapat dalam Leviticus(11:7):

“
And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you.”
2.        Larangan memakan haiwan dua alam
ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang daripada memakan haiwan dua alam seperti katak ataupun penyu.
3.        Larangan memakan serangga
ISLAM dan YAHUDI sama-sama melarang penganutnya memakan serangga. Walaubagaimanapun, belalang juta diharuskan memakannya dalam ISLAM. Bagi lebah pula, dilarang memakannya namun madudaripada lebah adalah HALAL dan KOSHER.
4.        Binatang buas dan mencakar
ISLAM dan YAHUDI melarang penganut masing-masing memakan haiwan buas seperti harimau,beruang atau dan sebagainya. Haiwan jenis mencakar seperti burung helang,burung hantu,tikus dan sebagainya juga dilarang dimakan oleh penganutnya. Sabda Rasullulah saw:

 Tiap-tiap binatang buas yang mempunyai taring adalah haram dimakan. (HR. Muslim dan Tarmudzi) 
Semua binatang yang mempunyai kuku atau cakar tajam sepertihelang, rajawali dan sebagainya. Nabi SAW telah melarang tiap-tiap burung yang mempunyai kuku tajam.” (HR. Muslim)
Perbezaan Halal dan Kosher
1.         Arak
ISLAM: Arak diharamkan sebagai minuman dan apa jua jenis penggunaan arak dalam makanan terutama ketika memasak.
YAHUDI: Arak adalah kosher dalam peraturan Yahudi.
2.        Makanan Laut
ISLAM: Makanan laut adalah halal kecuali yang memudaratkan seperti ikan Buntal beracun.
YAHUDI: Haiwan laut jenis ikan yang bersisik dan bersirip adalah kosher dan boleh dimakan. Oleh itu, segala jenis kerang,tiram,ketam adalah tidak kosher dan tidak boleh dimakan oleh orang Yahudi.
3.        Campuran Susu dan Daging
ISLAM: Islam tidak ada peraturan khas untuk makanan yang mengandungi campuran susu dan daging. Oleh itu, halal dimakan jika susu dan daging bercampur.
YAHUDI: Orang Yahudi dilarang memakan sebarang makanan yang bercampur antara susu dan daging.
4.        Haiwan ternak
ISLAM: Islam menghalalkan semua binatang ternak seperti firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 1:
 “Dihalalkan bagimu binatang ternak.”
YAHUDI: Orang Yahudi dibenarkan memakan haiwan ternak jika memiliki dua kriteria iaitu terpisah setiap jari kakinya dan mencerna makanannya dengan sempurna(haiwan ruminant) seperti dalam ayat Leviticus 11:3
You may eat any animal that has a split hoof completely divided and that chews the cud.
Oleh itu, binatang seperti unta tidak kosher bagi mereka kerana walaupun unta mencerna dengan sempurna dengan cernaan dua kali(haiwan ruminant), tetapi ia mempunyai jari kaki yang tidak terbelah dua.  Leviticus 11:4
“‘There are some that only chew the cud or only have a split hoof, but you must not eat them. The camel, though it chews the cud, does not have a split hoof; it is ceremoniallyunclean for you.
5.        Penyembelihan
ISLAM: Sembelihan dalam Islam dikenali Dhabh. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut dengan menyebut lafaz “Bismillah, Allahu Akbar“. Lafaz akan disebut lagi bagi setiap ekor haiwan itu disembelih.
Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Islam. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.
Muslim yang tinggal berjauhan dengan muslim yang lain boleh memakan haiwan sembelihan Ahli Kitab(Yahudi atau Kristian). Akan tetapi, kebiasaanya umat Islam sekarang mencari daging yang telah diimport khas daripada negara Islam.
YAHUDI: Sembelihan dalam Yahudi dikenali Shechita. Haiwan yang disembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan disembelihkan di leher dengan cepat bagi mengurangkan kesakitan haiwan tersebut. Penyembelih Shechita dikenali sebagai Sochet. Adalah cukup untuk seorang Sochet menyebut nama Tuhannya sekali sahaja miskipun menyembelih melebihi seekor haiwan.
Meminum darah haiwan adalah haram di sisi agama Yahudi. Oleh itu, daging haiwan yang disembelih mestilah dibersihkan sepenuhnya.
Yahudi yang tinggal berjauhan dengan orang Yahudi yang lain tidak boleh memakan haiwan sembelihan selain agama Yahudi. Orang Yahudi akan mengimport khas daripada negara yang membekalkan haiwan sembelih yang Kosher.
6.         Simbol Kosher dan Halal
ISLAM:

Logo Halal yang dikeluarkan oleh Halal Food Council International.
YAHUDI:

simbol yang digunakan untuk menandakan makanan itu mengandungi elemen Kosher ataupun tidak.
  • D: The product is Dairy and contains some milk ingredient
  • M/Meat: The product contains meat
  • Pareve: The product is neither dairy nor meat

Thursday, April 14, 2016

Benarkah Nabi Musa seorang yang Gagap?


Mukadimah
Musa as adalah nabi yang utama dalam tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Ketiga-tiga agama ini mengangkat Musa as sebagai nabi utama mereka. Walaubagaimanapun, berbanding agama Islam dan Kristian, agama Yahudi adalah agama yang paling mengagungkan Nabi Musa as kerana penganut Yahudi percaya bahawa Musa as adalah pengasas ajaran Yahudi sepertimana Nabi Muhammad saw sebagai pengasas ajaran Islam dan Nabi Isa as sebagai pengasas ajaran Kristian.
Namun, tahukah pembaca semua bahawa Nabi Musa as adalah seorang yang gagap? Atau dalam erti kata lain Nabi Musa as mempunyai masalah dengan pertuturannya. Mungkin kita sebagai umat Islam tidak didedahkan mengenai perkara ini kerana bimbangkan ia berdosa kerana memperkecilkan kewibawaan seorang Rasul. Percayalah, miskipun Nabi Musa as seorang yang gagap, ia langsung tidak menjejaskan kewibawaan dan keterampilan baginda sebagai seorang Rasul dan pemimpin umat Yahudi dek kerana mukjizat-mukjizat yang terlampau banyak telah dianugerahkan kepada baginda. Penulis sendiri pada mulanya takut serta bimbang untuk menulis artikel ini, namun, atas dasar ingin berkongsi pengetahuan dan ilmu, penulis berdoa semoga penulisan artikel ini membantu pembaca di luar sana menghayati sirah-sirah nabawi.
Dengan lafaz bismillah, penulis mengharapkan pendedahan ini tidak dikaitkan dengan penghinaan Rasul. Percayalah ini bukan penghinaan tetapi suatu anugerah Allah swt kepada Musa as kerana kisah di sebalik kegagapan Nabi Musa as terkandung hikmah yang cukup besar.
Berdasarkan dalil al-Quran
Perlu diingatkan kepada pembaca semua bahawa kisah Musa as ini langsung tidak terkait dengan Israilliyat atau dogengan Yahudi. Kisah mengenai Musa as yang mengalami gagap ini ada diceritakan Allah swt dalam al-Quran dalam surah Toha  ayat 27.
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
Dalam surah Toha , Nabi Musa telah mengadap Allah di satu lembah yang suci di Thuwa. Ada sumber mengatakan ia berada di Jabal Musa,Mesir dan ada juga sumber mengatakan ia berada di Bukit Zaitun, Palestin. 
12. Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci, Thuwa. 
Dalam perdebatan Nabi Musa as dengan Allah swt di lembah Thuwa itu, Nabi Musa telah diberikan dua mukjizat yang utama iaitu tongkat yang boleh berubah bentuk kepada ular dan tangan baginda yang boleh mengeluarkan cahaya putih.
Dalam perdebatan itu juga, Nabi Musa as telah memohon kepada Allah swt tiga perkara setelah Allah swt memerintahkan Musa as untuk menyeru seruan tauhid kepada Firaun laknatullah. Tiga permohonan Musa as itu adalah:-
1.         Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan
25. Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku
26. dan mudahkanlah untukku urusanku 
2.        Doa untuk dijadikan Harun as sebagai pembantu baginda
Ia diikuti pula dengan pemohonan Musa as kepada Allah swt untuk mengangkat Harun as selaku pembantunya dan seterusnya menjadi seorang Rasul Allah. Ia terkandung dalam ayat 29-34 dalam surah Toha .
29. dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku
30. (yaitu) Harun, saudaraku, 
31. teguhkanlah dengan dia kekuatanku,
32. dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,
33. supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,
34. dan banyak mengingat Engkau.
3.        Doa untuk menghilangkan kegagapan percakapannya
Dan permohonan Musa as yang ketiga adalah untuk menghilangkan kegagapan lidahnya. Dalam ayat 27-28 surah Toha  telah terkandung doa daripada Musa as kepada Allah swt.
27. dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
28. supaya mereka mengerti perkataanku,
 Walaubagaimanapun, menurut Ibnu Kathir, Musa as tidak memohon agar kekurangan dirinya itu dihilangkan secara keseluruhan, tetapi meminta agar dihilangkan kekakuan lidahnya hanya untuk orang kafir memahami apa yang diucapkan oleh Musa as.
Ia amat bersesuaian dengan satu lagi ayat Allah swt dalam surah Az-Zukhruf ayat 52 yang bermaksud;
52. Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?
Dalam ayat ini, kita dapat mengetahui bahawa Musa as masih lagi mempunyai kesukaran untuk mengucapkan sesetengah perkataan sepertimana yang diungkap oleh Firaun dalam surah Az-Zukhruf ayat 52 ini. Firaun ternyata masih lagi menghina Nabi Musa as semasa baginda berdakwah kepadanya. Jika sesetengah ahli tafsir mengatakan kekakuan kepada lidah Musa as hilang sepenuhnya, sesungguhnya ia adalah silap jika ia bersandarkan kepada dalil daripada surah Az-Zukhruf ini.
Sememangnya Nabi dan Rasul tidak pernah meminta untuk diubah sesuatu kekurangan tersebut menjadi sempurna dan Nabi dan Rasul adalah sebaik-baik manusia yang pernah mendiami muka bumi ini.

 Asalnya, Musa as tidaklah gagap
Sewaktu kecil, Musa as pernah mendiami istana Firaun laknatullah. Dalam satu peristiwa, Musa as yang ketika itu baru sahaja pandai merangkak telah diuji oleh Firaun. Ini adalah detik musibah kepada Musa as yang memberi kesan kepada lidahnya kemudian hari.
Dalam ujian itu, Firaun telah menguji Musa as dengan memberi pilihan kepada baginda antara kurma dan bara api. Pada mulanya, Musa as telah memilih kurma tetapi telah ditepis oleh Jibrail as. Ia menyebabkan Musa as mengambil bara untuk diletakkan di mulutnya. Akibatnya, Musa as meraung dan lidahnya melecur teruk dan apabila dewasa, Musa as tidak dapat mengucap sesuatu perkataan dengan elok dan sering tergagap-gagap.
Ujian daripada Firaun laknatullah itu adalah untuk menguji sama ada Musa as yang adalah seorang pembinasa kerajaannya kemudian hari atau seorang kanak-kanak biasa. Umum mengetahui bahawa Firaun telahpun bermimpi tentang seorang kanak-kanak akan muncul di kerajaannya untuk meruntuhkan empayar di bawah kekuasaannya. Dek kerana mimpi itu juga, semua bayi yang baru dilahirkan telah dibunuh dengan kejam dan Musa as adalah kanak-kanak yang bertuah kerana terselamat daripada kekejaman Firaun.

Penutup
Sebenarnya, Allah swt merancanakan sesuatu perkara dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Dalam dunia hari ini pun, kekakuan lidah seorang individu langsung tidak melambangkan kecacatan. Ini terbukti dengan kejayaan individu seperti James Earl Jones(pernah melakonkan watak Darth Vader dalam filem Star Wars), Bruce Willis dan Anthony Hopkin dalam bidang lakonan. Mereka yang penulis senaraikan tersebut adalah antara individu terkenal yang mempunyai kegagapan dalam percakapan mereka.
Soal kelemahan atau kekurangan yang dihidapi oleh seorang Nabi dan Rasul langsung tidak menjadi persoalan. Contoh yang paling dekat adalah Rasul junjungan besar kita iaitu Muhammad saw. Nabi Muhammad saw adalah seorang yang ummi atau dalam erti kata lainnya, buta huruf. Dalam bahasa saintifik, buta huruf dikenali sebagai Disleksia. Namun, penulis ingin menyoal, adakah kekurangan yang ada pada diri Rasulullah saw itu menyebabkan baginda hilang perhormatan atau hilang kepercayaan daripada pengikutnya?
Tidak pernah bukan?
Rasulullah saw bukan sahaja tidak hilang penghormatan mahupan kepercayaan daripada pengikutnya tetapi beliau disanjung sebagai insan yang sangat sempurna yang pernah dilahirkan di bumi Allah swt ini.
Dengan itu kekurangan yang dialami oleh Nabi Musa as iaitu kegagapan bukan penghinaan tetapi satu anugerah besar kepada baginda. Rasul yang digelar dengan Kalimullah ini bukan sahaja diangkat sebagai pakar ilmuwan oleh pengikutnya tetapi juga sebagai panglima besar di dalam kaumnya. Bagindalah pemimpin agung kaum Yahudi sebelum tibanya Nabi Yusyak as, Nabi Daud as dan Nabi Sulaiman as sebagai pemimpin kaum Yahudi. Adakah kekeluan lidah baginda menghalangnya? Jawapan yang pasti..TIDAK!.

https://takusahrisau.wordpress.com


Friday, February 12, 2016

Kad Pengenalan bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia


Kad pengenalan mula diperkenalkan sejak Malaysia belum merdeka lagi. Tujuan utama diperkenalkan kad pengenalan adalah untuk menyelesaikan masalah pengecaman pengganas komunis. Dalam tempoh itu, Malaysia masih lagi dihantui pengganas komunis yang ingin menuntut kemerdekaan daripada jajahan British. Pengenalan kad pengenalan atau Identity Card oleh penjajah  British ini telah menyukarkan sedikit-sebanyak penyamaran pengganas komunis.
Dari masa ke semasa, kad pengenalan mengalami evolusi yang mendadak. Bermula dengan kad pengenalan yang dibuat daripada kertas keras, seterusnya kad pengenalan plastik(laminated) dan akhirnya pada tahun 2001, kerajaan telah perkenalkan kad pengenalan pintar atau lebih dikenali sebagai Mykad. Idea ini pada asasnya diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 1996 namun diperkenalkan kepada umum semasa penggal pemerintahan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Pelancaran Mykad tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inovasi Malaysia Super Corridor(MSC) negara kerana ianya merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan secara rasmi.
Kad pengenalan bekas Perdana Menteri Malaysia:

1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau adalah keturunan raja daripada kedah yang mana bapa Tunku sendiri adalah sultan kedah ketika itu.

Tun Abdul Rahman al-Haj
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada usia 54 tahun pada tahun 1976 akibat penyakit Leukemia. Beliau meninggalkan legasi anak-anak yang bergiat cergas dalam politik dan dunia perniagaan. Antara paling terkenal adalah perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, pengarah Ancom Berhad, Courts Mammoth Sdn Bhd and Daiman Development Berhad, Hong Leong Industries Berhad, Nylex (Malaysia) Berhad, Daiman Golf Berhad and Deutsche Bank (Malaysia) Berhad , Dato’ Ahmad Johari bin Tun Abdul Razak dan pengarah CIMB Bank,Mohamed Nazim bin Tun Abdul Razak .

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Sepertimana Tun Razak, beliau berjasa kepada bangsa Melayu dan Bumiputera kerana memperjuangkan nasib mereka yang jauh ketinggalan berbanding bangsa ‘pendatang’ yang lain. Daripada salur- galur keturunan, ketiga-tiga perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn sendiri mempunyai persamaan iaitu mereka daripada keturunan bangsawan. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar. Susur-galur keturunan Tun Hussein sampai kepada bekas menteri kesayangan sultan Johor, Maharaja Abu Bakar iaitu Datuk Salleh bin Perang.
Tun Hussein Onn meninggal dunia pada usia 68 tahun pada 22 Mei 1990 akibat serangan jantung yang telah lama dideritainya. Beliau meninggalkan legasi anak-anak dan keturunan yang bergiat dalam politik seperti Datuk Seri Hishamuddin bin Hussein dan anak saudaranya, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.


Miskipun Tun Mahathir telah meletak jawatan daripada kerajaan, namun suaranya tetap didengar oleh segenap lapisan masyarakat. Beliau menggunakan medium internet iaitu blog untuk menyebarluaskan idea dan kritikannya. 

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah perdana menteri Malaysia ke-5 setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan pada tahun 2003. Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan selama tiga tahun iaitu daripada tahun 2003 sehingga 2009. Kini, beliau dilantik sebagai pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).