Thursday, April 14, 2016

Benarkah Nabi Musa seorang yang Gagap?


Mukadimah
Musa as adalah nabi yang utama dalam tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Ketiga-tiga agama ini mengangkat Musa as sebagai nabi utama mereka. Walaubagaimanapun, berbanding agama Islam dan Kristian, agama Yahudi adalah agama yang paling mengagungkan Nabi Musa as kerana penganut Yahudi percaya bahawa Musa as adalah pengasas ajaran Yahudi sepertimana Nabi Muhammad saw sebagai pengasas ajaran Islam dan Nabi Isa as sebagai pengasas ajaran Kristian.
Namun, tahukah pembaca semua bahawa Nabi Musa as adalah seorang yang gagap? Atau dalam erti kata lain Nabi Musa as mempunyai masalah dengan pertuturannya. Mungkin kita sebagai umat Islam tidak didedahkan mengenai perkara ini kerana bimbangkan ia berdosa kerana memperkecilkan kewibawaan seorang Rasul. Percayalah, miskipun Nabi Musa as seorang yang gagap, ia langsung tidak menjejaskan kewibawaan dan keterampilan baginda sebagai seorang Rasul dan pemimpin umat Yahudi dek kerana mukjizat-mukjizat yang terlampau banyak telah dianugerahkan kepada baginda. Penulis sendiri pada mulanya takut serta bimbang untuk menulis artikel ini, namun, atas dasar ingin berkongsi pengetahuan dan ilmu, penulis berdoa semoga penulisan artikel ini membantu pembaca di luar sana menghayati sirah-sirah nabawi.
Dengan lafaz bismillah, penulis mengharapkan pendedahan ini tidak dikaitkan dengan penghinaan Rasul. Percayalah ini bukan penghinaan tetapi suatu anugerah Allah swt kepada Musa as kerana kisah di sebalik kegagapan Nabi Musa as terkandung hikmah yang cukup besar.
Berdasarkan dalil al-Quran
Perlu diingatkan kepada pembaca semua bahawa kisah Musa as ini langsung tidak terkait dengan Israilliyat atau dogengan Yahudi. Kisah mengenai Musa as yang mengalami gagap ini ada diceritakan Allah swt dalam al-Quran dalam surah Toha  ayat 27.
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
Dalam surah Toha , Nabi Musa telah mengadap Allah di satu lembah yang suci di Thuwa. Ada sumber mengatakan ia berada di Jabal Musa,Mesir dan ada juga sumber mengatakan ia berada di Bukit Zaitun, Palestin. 
12. Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci, Thuwa. 
Dalam perdebatan Nabi Musa as dengan Allah swt di lembah Thuwa itu, Nabi Musa telah diberikan dua mukjizat yang utama iaitu tongkat yang boleh berubah bentuk kepada ular dan tangan baginda yang boleh mengeluarkan cahaya putih.
Dalam perdebatan itu juga, Nabi Musa as telah memohon kepada Allah swt tiga perkara setelah Allah swt memerintahkan Musa as untuk menyeru seruan tauhid kepada Firaun laknatullah. Tiga permohonan Musa as itu adalah:-
1.         Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan
25. Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku
26. dan mudahkanlah untukku urusanku 
2.        Doa untuk dijadikan Harun as sebagai pembantu baginda
Ia diikuti pula dengan pemohonan Musa as kepada Allah swt untuk mengangkat Harun as selaku pembantunya dan seterusnya menjadi seorang Rasul Allah. Ia terkandung dalam ayat 29-34 dalam surah Toha .
29. dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku
30. (yaitu) Harun, saudaraku, 
31. teguhkanlah dengan dia kekuatanku,
32. dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,
33. supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,
34. dan banyak mengingat Engkau.
3.        Doa untuk menghilangkan kegagapan percakapannya
Dan permohonan Musa as yang ketiga adalah untuk menghilangkan kegagapan lidahnya. Dalam ayat 27-28 surah Toha  telah terkandung doa daripada Musa as kepada Allah swt.
27. dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
28. supaya mereka mengerti perkataanku,
 Walaubagaimanapun, menurut Ibnu Kathir, Musa as tidak memohon agar kekurangan dirinya itu dihilangkan secara keseluruhan, tetapi meminta agar dihilangkan kekakuan lidahnya hanya untuk orang kafir memahami apa yang diucapkan oleh Musa as.
Ia amat bersesuaian dengan satu lagi ayat Allah swt dalam surah Az-Zukhruf ayat 52 yang bermaksud;
52. Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?
Dalam ayat ini, kita dapat mengetahui bahawa Musa as masih lagi mempunyai kesukaran untuk mengucapkan sesetengah perkataan sepertimana yang diungkap oleh Firaun dalam surah Az-Zukhruf ayat 52 ini. Firaun ternyata masih lagi menghina Nabi Musa as semasa baginda berdakwah kepadanya. Jika sesetengah ahli tafsir mengatakan kekakuan kepada lidah Musa as hilang sepenuhnya, sesungguhnya ia adalah silap jika ia bersandarkan kepada dalil daripada surah Az-Zukhruf ini.
Sememangnya Nabi dan Rasul tidak pernah meminta untuk diubah sesuatu kekurangan tersebut menjadi sempurna dan Nabi dan Rasul adalah sebaik-baik manusia yang pernah mendiami muka bumi ini.

 Asalnya, Musa as tidaklah gagap
Sewaktu kecil, Musa as pernah mendiami istana Firaun laknatullah. Dalam satu peristiwa, Musa as yang ketika itu baru sahaja pandai merangkak telah diuji oleh Firaun. Ini adalah detik musibah kepada Musa as yang memberi kesan kepada lidahnya kemudian hari.
Dalam ujian itu, Firaun telah menguji Musa as dengan memberi pilihan kepada baginda antara kurma dan bara api. Pada mulanya, Musa as telah memilih kurma tetapi telah ditepis oleh Jibrail as. Ia menyebabkan Musa as mengambil bara untuk diletakkan di mulutnya. Akibatnya, Musa as meraung dan lidahnya melecur teruk dan apabila dewasa, Musa as tidak dapat mengucap sesuatu perkataan dengan elok dan sering tergagap-gagap.
Ujian daripada Firaun laknatullah itu adalah untuk menguji sama ada Musa as yang adalah seorang pembinasa kerajaannya kemudian hari atau seorang kanak-kanak biasa. Umum mengetahui bahawa Firaun telahpun bermimpi tentang seorang kanak-kanak akan muncul di kerajaannya untuk meruntuhkan empayar di bawah kekuasaannya. Dek kerana mimpi itu juga, semua bayi yang baru dilahirkan telah dibunuh dengan kejam dan Musa as adalah kanak-kanak yang bertuah kerana terselamat daripada kekejaman Firaun.

Penutup
Sebenarnya, Allah swt merancanakan sesuatu perkara dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Dalam dunia hari ini pun, kekakuan lidah seorang individu langsung tidak melambangkan kecacatan. Ini terbukti dengan kejayaan individu seperti James Earl Jones(pernah melakonkan watak Darth Vader dalam filem Star Wars), Bruce Willis dan Anthony Hopkin dalam bidang lakonan. Mereka yang penulis senaraikan tersebut adalah antara individu terkenal yang mempunyai kegagapan dalam percakapan mereka.
Soal kelemahan atau kekurangan yang dihidapi oleh seorang Nabi dan Rasul langsung tidak menjadi persoalan. Contoh yang paling dekat adalah Rasul junjungan besar kita iaitu Muhammad saw. Nabi Muhammad saw adalah seorang yang ummi atau dalam erti kata lainnya, buta huruf. Dalam bahasa saintifik, buta huruf dikenali sebagai Disleksia. Namun, penulis ingin menyoal, adakah kekurangan yang ada pada diri Rasulullah saw itu menyebabkan baginda hilang perhormatan atau hilang kepercayaan daripada pengikutnya?
Tidak pernah bukan?
Rasulullah saw bukan sahaja tidak hilang penghormatan mahupan kepercayaan daripada pengikutnya tetapi beliau disanjung sebagai insan yang sangat sempurna yang pernah dilahirkan di bumi Allah swt ini.
Dengan itu kekurangan yang dialami oleh Nabi Musa as iaitu kegagapan bukan penghinaan tetapi satu anugerah besar kepada baginda. Rasul yang digelar dengan Kalimullah ini bukan sahaja diangkat sebagai pakar ilmuwan oleh pengikutnya tetapi juga sebagai panglima besar di dalam kaumnya. Bagindalah pemimpin agung kaum Yahudi sebelum tibanya Nabi Yusyak as, Nabi Daud as dan Nabi Sulaiman as sebagai pemimpin kaum Yahudi. Adakah kekeluan lidah baginda menghalangnya? Jawapan yang pasti..TIDAK!.

https://takusahrisau.wordpress.com


Friday, February 12, 2016

Kad Pengenalan bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia


Kad pengenalan mula diperkenalkan sejak Malaysia belum merdeka lagi. Tujuan utama diperkenalkan kad pengenalan adalah untuk menyelesaikan masalah pengecaman pengganas komunis. Dalam tempoh itu, Malaysia masih lagi dihantui pengganas komunis yang ingin menuntut kemerdekaan daripada jajahan British. Pengenalan kad pengenalan atau Identity Card oleh penjajah  British ini telah menyukarkan sedikit-sebanyak penyamaran pengganas komunis.
Dari masa ke semasa, kad pengenalan mengalami evolusi yang mendadak. Bermula dengan kad pengenalan yang dibuat daripada kertas keras, seterusnya kad pengenalan plastik(laminated) dan akhirnya pada tahun 2001, kerajaan telah perkenalkan kad pengenalan pintar atau lebih dikenali sebagai Mykad. Idea ini pada asasnya diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 1996 namun diperkenalkan kepada umum semasa penggal pemerintahan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Pelancaran Mykad tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inovasi Malaysia Super Corridor(MSC) negara kerana ianya merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan secara rasmi.
Kad pengenalan bekas Perdana Menteri Malaysia:

1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau adalah keturunan raja daripada kedah yang mana bapa Tunku sendiri adalah sultan kedah ketika itu.

Tun Abdul Rahman al-Haj
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada usia 54 tahun pada tahun 1976 akibat penyakit Leukemia. Beliau meninggalkan legasi anak-anak yang bergiat cergas dalam politik dan dunia perniagaan. Antara paling terkenal adalah perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, pengarah Ancom BerhadCourts Mammoth Sdn Bhd and Daiman Development BerhadHong Leong Industries Berhad, Nylex (Malaysia) BerhadDaiman Golf Berhad and Deutsche Bank (Malaysia) Berhad , Dato’ Ahmad Johari bin Tun Abdul Razak dan pengarah CIMB Bank,Mohamed Nazim bin Tun Abdul Razak .

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Sepertimana Tun Razak, beliau berjasa kepada bangsa Melayu dan Bumiputera kerana memperjuangkan nasib mereka yang jauh ketinggalan berbanding bangsa ‘pendatang’ yang lain. Daripada salur- galur keturunan, ketiga-tiga perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn sendiri mempunyai persamaan iaitu mereka daripada keturunan bangsawan. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar. Susur-galur keturunan Tun Hussein sampai kepada bekas menteri kesayangan sultan Johor, Maharaja Abu Bakar iaitu Datuk Salleh bin Perang.
Tun Hussein Onn meninggal dunia pada usia 68 tahun pada 22 Mei 1990 akibat serangan jantung yang telah lama dideritainya. Beliau meninggalkan legasi anak-anak dan keturunan yang bergiat dalam politik seperti Datuk Seri Hishamuddin bin Hussein dan anak saudaranya, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.


Miskipun Tun Mahathir telah meletak jawatan daripada kerajaan, namun suaranya tetap didengar oleh segenap lapisan masyarakat. Beliau menggunakan medium internet iaitu blog untuk menyebarluaskan idea dan kritikannya. 

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah perdana menteri Malaysia ke-5 setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan pada tahun 2003. Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan selama tiga tahun iaitu daripada tahun 2003 sehingga 2009. Kini, beliau dilantik sebagai pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).


Friday, April 17, 2015

Tahukah Anda?



1. 1 daripada 5000 udang galah di Selatan Atlantik adalah berwarna biru terang.



2. Madu adalah makanan yang tidak akan rosak dan ia boleh bertahan sehingga 3000 tahun. Subhanallah!

3.Orang Eskimo menggunakan peti sejuk untuk mengelakkan makanan dari menjadi beku.

4.Rakyat Amerika membuang 2.5 juta botol plastik setiap 1 jam di mana setiap botol mengambil masa 500 tahun untuk dinyahkan dari bumi. 

5. Akibat dari pencemaran udara yang kritikal di China, gambar Great Wall of China tidak dapat dilihat dengan jelas melalui angkasa. 

6.Beribu-ribu hidupan marin mati akibat tersalah makan beg plastik yang disangkakan obor-obor.

7.Menghirup udara di kotaraya Mumbai, India untuk sehari adalah sama seperti anda menghisap rokok 100 batang sehari. 

8.Burung Belatuk boleh mematuk pokok sehingga 20 kali dalam sesaat !

9.Menurut syarikat yang menguruskan anti virus, terdapat 70,000 virus baru yang ditemui setiap hari.

10. Di German, tidak ada hukuman kepada banduan yang cuba melarikan diri dari penjara kerana kerajaan German menyifatkan melarikan diri itu adalah lumrah manusia untuk hidup bebas.

11.Sebanyak 204 juta email dihantar oleh pengguna Internet setiap minit di seluruh dunia.

12.Scientist akhirnya mengesahkan bahawa ayam terlebih dahulu dijadikan bukan nya telur. Hal ini kerana protein yang membina kulit telur hanya berlaku hasil daripada seekor ayam betina. 

13.Hujan mengandungi vitamin B12 !

14.Letusan gunung berapi Krakatoa di Indonesia yang meletus pasa 1883 adalah yang paling kuat pernah dicatatkan dalam sejarah. Ia dapat didengar sehingga 4800km jauhnya !

15.Kumbang mempunyai 5 mata! subhanallah....

16.Leher seekor zirafah boleh mencapai sehingga 6 kaki panjang bersamaan dengan 1.8 meter.

17.GOOGLE pada mula penubuhannya diberi nama BACKRUB

18. Apabila anda mendapat sesuatu maklumat baru atau mempelajari sesuatu yang baru, struktut otak anda akan berubah.

19.Kajian menunjukkan, seseorang individu yang selalu bersarapan pagi dan makan makan di restoran/kedai makan adalah 2kali ganda mendapat risiko obesiti.

20. Hampir 1 Billion manusia yang tidur dalam kelaparan setiap malam! jadi ingatlah kita..makan tu berpada2... syukur dengan rezeki Allah...

Saturday, April 4, 2015

Saturday, March 28, 2015

Pantai Pelik Seluruh Dunia... Subhanallah!



1. Unique Glass Beach, California

unusual-beaches-wcth01

unusual-beaches-wcth02


2. Hiiden Beach, Marieta, Mexico

unusual-beaches-wcth03

unusual-beaches-wcth04

3. Starry Night Sky Beach, Maldives 

unusual-beaches-wcth05

unusual-beaches-wcth06


4.  Cathedrals Beach Ribadeo, Spain

unusual-beaches-wcth07


5. Pink Sand Beach, Bahamas

unusual-beaches-wcth08

unusual-beaches-wcth09


6. Jokulsarlon, Iceland

unusual-beaches-wcth12

unusual-beaches-wcth13


7. Shell Beach, Shark Bay, Australia

unusual-beaches-wcth26


8. Pfeiffer Purple Sand Beach, California

unusual-beaches-wcth27

unusual-beaches-wcth28


9. Cave Beach, Portugal

unusual-beaches-wcth29


10. Punalulu Black Sand Beach, Hawaii

unusual-beaches-wcth22

unusual-beaches-wcth23

Friday, January 9, 2015

AWAS!!! bahayakah produk kecantikan anda?



Ciri-ciri krim kosmetik bermerkuri 
over sangat!


1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. 

2
. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.

3
. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?

4
. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.

5
. Panas dan gatal: kalau krim tersebut disapukan pada kulit lengan atau badan akan terasa panas atau gatal.

6
. Berlaku kemerahan pada kulit : Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation.

7
. Kulit menjadi putih pucat : Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.

8
. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan

9
. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!

10
. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.

11
. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka. 

12
. Kulit tak putih tapi kelabu !!! Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai). 





BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.


1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.

2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.

3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.

4. Kerosakan buah pinggang : Seperti yang I cakap tadi, merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pon menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.

5. Risiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.



Kekal sihat dengan Apricon
http://www.farmashealth.com.my/
http://www.farmashealth.blogspot.com/