Friday, February 12, 2016

Kad Pengenalan bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia


Kad pengenalan mula diperkenalkan sejak Malaysia belum merdeka lagi. Tujuan utama diperkenalkan kad pengenalan adalah untuk menyelesaikan masalah pengecaman pengganas komunis. Dalam tempoh itu, Malaysia masih lagi dihantui pengganas komunis yang ingin menuntut kemerdekaan daripada jajahan British. Pengenalan kad pengenalan atau Identity Card oleh penjajah  British ini telah menyukarkan sedikit-sebanyak penyamaran pengganas komunis.
Dari masa ke semasa, kad pengenalan mengalami evolusi yang mendadak. Bermula dengan kad pengenalan yang dibuat daripada kertas keras, seterusnya kad pengenalan plastik(laminated) dan akhirnya pada tahun 2001, kerajaan telah perkenalkan kad pengenalan pintar atau lebih dikenali sebagai Mykad. Idea ini pada asasnya diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 1996 namun diperkenalkan kepada umum semasa penggal pemerintahan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Pelancaran Mykad tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inovasi Malaysia Super Corridor(MSC) negara kerana ianya merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan secara rasmi.
Kad pengenalan bekas Perdana Menteri Malaysia:

1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau adalah keturunan raja daripada kedah yang mana bapa Tunku sendiri adalah sultan kedah ketika itu.

Tun Abdul Rahman al-Haj
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada usia 54 tahun pada tahun 1976 akibat penyakit Leukemia. Beliau meninggalkan legasi anak-anak yang bergiat cergas dalam politik dan dunia perniagaan. Antara paling terkenal adalah perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, pengarah Ancom Berhad, Courts Mammoth Sdn Bhd and Daiman Development Berhad, Hong Leong Industries Berhad, Nylex (Malaysia) Berhad, Daiman Golf Berhad and Deutsche Bank (Malaysia) Berhad , Dato’ Ahmad Johari bin Tun Abdul Razak dan pengarah CIMB Bank,Mohamed Nazim bin Tun Abdul Razak .

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Sepertimana Tun Razak, beliau berjasa kepada bangsa Melayu dan Bumiputera kerana memperjuangkan nasib mereka yang jauh ketinggalan berbanding bangsa ‘pendatang’ yang lain. Daripada salur- galur keturunan, ketiga-tiga perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn sendiri mempunyai persamaan iaitu mereka daripada keturunan bangsawan. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar. Susur-galur keturunan Tun Hussein sampai kepada bekas menteri kesayangan sultan Johor, Maharaja Abu Bakar iaitu Datuk Salleh bin Perang.
Tun Hussein Onn meninggal dunia pada usia 68 tahun pada 22 Mei 1990 akibat serangan jantung yang telah lama dideritainya. Beliau meninggalkan legasi anak-anak dan keturunan yang bergiat dalam politik seperti Datuk Seri Hishamuddin bin Hussein dan anak saudaranya, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.


Miskipun Tun Mahathir telah meletak jawatan daripada kerajaan, namun suaranya tetap didengar oleh segenap lapisan masyarakat. Beliau menggunakan medium internet iaitu blog untuk menyebarluaskan idea dan kritikannya. 

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah perdana menteri Malaysia ke-5 setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan pada tahun 2003. Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan selama tiga tahun iaitu daripada tahun 2003 sehingga 2009. Kini, beliau dilantik sebagai pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).


Friday, April 17, 2015

Tahukah Anda?



1. 1 daripada 5000 udang galah di Selatan Atlantik adalah berwarna biru terang.



2. Madu adalah makanan yang tidak akan rosak dan ia boleh bertahan sehingga 3000 tahun. Subhanallah!

3.Orang Eskimo menggunakan peti sejuk untuk mengelakkan makanan dari menjadi beku.

4.Rakyat Amerika membuang 2.5 juta botol plastik setiap 1 jam di mana setiap botol mengambil masa 500 tahun untuk dinyahkan dari bumi. 

5. Akibat dari pencemaran udara yang kritikal di China, gambar Great Wall of China tidak dapat dilihat dengan jelas melalui angkasa. 

6.Beribu-ribu hidupan marin mati akibat tersalah makan beg plastik yang disangkakan obor-obor.

7.Menghirup udara di kotaraya Mumbai, India untuk sehari adalah sama seperti anda menghisap rokok 100 batang sehari. 

8.Burung Belatuk boleh mematuk pokok sehingga 20 kali dalam sesaat !

9.Menurut syarikat yang menguruskan anti virus, terdapat 70,000 virus baru yang ditemui setiap hari.

10. Di German, tidak ada hukuman kepada banduan yang cuba melarikan diri dari penjara kerana kerajaan German menyifatkan melarikan diri itu adalah lumrah manusia untuk hidup bebas.

11.Sebanyak 204 juta email dihantar oleh pengguna Internet setiap minit di seluruh dunia.

12.Scientist akhirnya mengesahkan bahawa ayam terlebih dahulu dijadikan bukan nya telur. Hal ini kerana protein yang membina kulit telur hanya berlaku hasil daripada seekor ayam betina. 

13.Hujan mengandungi vitamin B12 !

14.Letusan gunung berapi Krakatoa di Indonesia yang meletus pasa 1883 adalah yang paling kuat pernah dicatatkan dalam sejarah. Ia dapat didengar sehingga 4800km jauhnya !

15.Kumbang mempunyai 5 mata! subhanallah....

16.Leher seekor zirafah boleh mencapai sehingga 6 kaki panjang bersamaan dengan 1.8 meter.

17.GOOGLE pada mula penubuhannya diberi nama BACKRUB

18. Apabila anda mendapat sesuatu maklumat baru atau mempelajari sesuatu yang baru, struktut otak anda akan berubah.

19.Kajian menunjukkan, seseorang individu yang selalu bersarapan pagi dan makan makan di restoran/kedai makan adalah 2kali ganda mendapat risiko obesiti.

20. Hampir 1 Billion manusia yang tidur dalam kelaparan setiap malam! jadi ingatlah kita..makan tu berpada2... syukur dengan rezeki Allah...

Saturday, April 4, 2015

Saturday, March 28, 2015

Pantai Pelik Seluruh Dunia... Subhanallah!



1. Unique Glass Beach, California

unusual-beaches-wcth01

unusual-beaches-wcth02


2. Hiiden Beach, Marieta, Mexico

unusual-beaches-wcth03

unusual-beaches-wcth04

3. Starry Night Sky Beach, Maldives 

unusual-beaches-wcth05

unusual-beaches-wcth06


4.  Cathedrals Beach Ribadeo, Spain

unusual-beaches-wcth07


5. Pink Sand Beach, Bahamas

unusual-beaches-wcth08

unusual-beaches-wcth09


6. Jokulsarlon, Iceland

unusual-beaches-wcth12

unusual-beaches-wcth13


7. Shell Beach, Shark Bay, Australia

unusual-beaches-wcth26


8. Pfeiffer Purple Sand Beach, California

unusual-beaches-wcth27

unusual-beaches-wcth28


9. Cave Beach, Portugal

unusual-beaches-wcth29


10. Punalulu Black Sand Beach, Hawaii

unusual-beaches-wcth22

unusual-beaches-wcth23

Friday, January 9, 2015

AWAS!!! bahayakah produk kecantikan anda?



Ciri-ciri krim kosmetik bermerkuri 
over sangat!


1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. 

2
. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.

3
. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi?

4
. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.

5
. Panas dan gatal: kalau krim tersebut disapukan pada kulit lengan atau badan akan terasa panas atau gatal.

6
. Berlaku kemerahan pada kulit : Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Kulit anda sedang berlaku irritation.

7
. Kulit menjadi putih pucat : Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.

8
. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan

9
. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga kuman/ bakteria tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!

10
. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.

11
. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka. 

12
. Kulit tak putih tapi kelabu !!! Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai). 





BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.


1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.

2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.

3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.

4. Kerosakan buah pinggang : Seperti yang I cakap tadi, merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pon menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.

5. Risiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.



Kekal sihat dengan Apricon
http://www.farmashealth.com.my/
http://www.farmashealth.blogspot.com/

Monday, December 1, 2014

10 FAKTA MENGENAI NYAMUK





1. Nyamuk memiliki 100 mata  di kepalanya.

2. Gigi yang berjumlah 48 di mulutnya.

3. Nyamuk memiliki 3 buah jantung.

4. Nyamuk memiliki 6 buah pisau dengan fungsi    berbeza yang terletak pada jarum      
   penghisapnya.

5. Nyamuk memiliki 3 pasang sayap.

6. Nyamuk memiliki penglihatan yang sangat 
   bagus sehingga mampu membezakan manusia 
   dalam kegelapan. 

7. Nyamuk memiliki alat bius sebab itulah    
   jika nyamuk masukkan jarum penghisapnya, 
   kita takkan terasa apa2 pun, rasa-rasa    
   dah gatal dah pun. 

8. Nyamuk memiliki deria yang dapat 
   membezakan darah agar tidak menghisap
   darah yang salah.

9. Nyamuk memiliki saluran pada jarumnya 
   untuk menghisap darah sampai ke perutnya.

10. Nyamuk memiliki banyak serangga 
    mikroskopis ( ukurannya sangat kecil 
    sehingga perlu mikroskop untuk 
    melihatnya) yang terletak di punggungnya.

Tuesday, November 11, 2014

Fakta Mengenai Mesir Purba





Masyarakat Mesir Purba menyembah lebih 1400 Tuhan dan Berhala antaranya ialah 
Seshat, Toth dan Ptah


_________________________________________


Mangkuk Tandas dijumpai dalam kebanyakkan makam masyarakat purba Mesir



_______________________________


Baju tertua di dunia ditemui di Mesir dan ia berusia 5000 tahun


_______________________________


Masyarakat Purba mesir tidur menggunakan bantal yang diperbuat daripada batu

Hasil carian imej untuk stone pillow ancient egypt


_______________________________


Masyarakat Purba Mesir mencukur bulu kening sebagai tanda berkabung atas kematian KUCING!

Hasil carian imej untuk dead cat


_______________________________



Terdapat gurun pasir hitam di Mesir. Warna hitam ini berasal dari pasir vulkanik. Letaknya 58 km dari selatan Bawiti

Hasil carian imej untuk black sand desert in bawiti

_______________________________



Cleopatra VII  bunuh diri dengan memasukan tangannya ke dalam bekas penuh dengan ular tedung. Perkara ini berlaku akibat mesir di serang dan Oktavianus merampas takhta dan tekanan akibat kematian suaminya 
Marcus Antonius.

Hasil carian imej untuk cleopatra

_______________________________


 Al Azhar adalah universiti tertua di dunia yang berada di ibu kota Mesir iaitu Cairo.


Hasil carian imej untuk al azhar university

_______________________________


Orang Mesir Purba juga mengawet bintang. Hal ini terbukti apabila ahli arkeologi telah menemui 15 kaki (4.5 m) mumia buaya. Buaya dikenal sebagai “penelan hati manusia” dalam Buku Kematian kuno.


Hasil carian imej untuk mummied crocodile

_______________________________



Kebanyakan orang Mesir mengenakan pakaian berwarna putih. Hal ini kerana bahan pakaian mereka dibuat dari tanaman jerami yang seratnya boleh berubah menjadi warna putih akibat terkena sinar matahari

fakta mesir kuno vk