-aMaLiNa-

Wednesday, May 7, 2014

Allah, Aku dan Sesuatu ....(part 1)-Siri Bercakap Dengan Manusia

Assalamualaikum wbt....Dah lama dah rasa nya diri ni tak mem”blog”kan diri kat blog ni. Busy yang sangat2..tetapi hari ni walaupun masih busy sikit tapi nak juga tulis something kat blog ni. Something yang interesting gitewww….kali ni saya rasa nak bercerita pasal benda2 mistik.. dalam 2 3 minggu lepas saya diceritakan oleh beberapa orang pelajar antarabangsa bahawa mereka ada “menerima” gangguan di kolej kediaman mereka.. Kolej mana tu ? Kalau Tanya budak2 UKM ni konfem2 dapat jawab kolej mana yang mereka anggap ada hantu. Hantu ke kaedah nya? Huhu… 


Hari ni aku nak bercerita pengalaman aku sepanjang jadi Felo kat Kolej Pendeta Zaba (KPZ) UKM. aku di tempatkan di rumah felo blok C . hanya ada 2 orang felo sahaja untuk setiap blok pelajar. Blok C ni blok yang hujung, bukak tingkap Nampak gaung, anjing lepak dengan meriahnya kat situ. masa memula saya lapor diri dan melangkah kaki ke rumah tu, memang ok je.. apa tak ok sebab semua free…peti ais, tivi, dapur ….semua lengkap la…lama sikit baru lah rumah tu tunjuk taring..ngeh ngeh… kejadian pertama saya berlaku pada satu pagi,, saya terperasan ada tulisan kat atas meja tulis dengan dakwat pen merah …tulisan tu agak kabur tapi saya ingat patah perkataan tu bulan mengambang (x jelas ) da ada 2 3 patah perkataan lagi termasuk perkataan MERAH! aku agak  pelik tapi malas nak pikir sebab itu mungkin saya tertulis secara tidak sedar. Malas nak pikir.


 Satu malam, housemate aku takde.. jadi tinggallah saya sorang diri. Masa saya nak tidur, ada orang ketuk pintu,, 2 3 kali jugak..memula ingat salah dengar..lepas tu cuba korek2 telinga skit bila dengar ketukan seterusnya...saya cepat2 keluar bukak pintu depan (main door) sebab ingatkan ada pelajar datang memalam tertinggal kunci la atau sakit... bila bukak tak de orang. Saya pun masuk bilik. Lepas lama sikit...dia bunyikkkkkk lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!! (katanya ajis dan sudin dalam filem seniman bujang lapok)....saya g bukak pintu dan duduk depan pintu tu, tunggu kut2 ada sesaper yang nak main2 nyorok2 memalam buta ni. Agak lama tunggu saya pun tutup. Saya duk kat ruang tamu dan bukak tv. Sebab standby nak lari cepat2 ke pintu kalau dengar ketukan lagi. Tapi sampai kesudah tak diketuk. Saya pun masuk bilik dan tidur.  


Antara pengalaman lain ialah saya tersedar dari tidur bila rasa kaki ni mcm digeletek-geletek gitu. yang ni saya tak amik port lagi sebab mungkin lelabah or lelipas berjalan kat kaki. Part yang paling best, masa tengok tv, saya ternampak satu bayangan budak kecik umur 4 5 tahun gitu la menghala ke dapur. Masa tu saya terkejut juga tapi sempat menenangkan diri dari pengsan dengan berkata” bayangan je tu” ...berbalik kepada ketukan di pintu, saya trus diganggu dengan ketukan hampir setiap malam. Bilik saya ni dekat dengan main door jadi mmg kuat la dengar nya. Sehingga lah saya dah tak tahan sebab ada satu malam tu semakin menjadi2 ketukan.. saya memang marah sebab ingatkan pelajar nak main2. Saya jerit2 marahkan pelajar memalam. “sape tu hah? Dah tak de keje lain ke nak ketuk pintu...kalau betul ada masalah jangan main2...hormat sikit”.. time ak jerit tu rasa nya students blok E yang belah2 atas yang tak tidur lagi tu tengok je aku (walaupun blok E ni kosong tak berpenghuni tapi mungkin time tu budak2 luar datang dan stay kat situ)...mungkin diorg pikir asal lak Felo ni melalak malam2 ni..hahahha...ak dah tak tahan pastu ak masuk bilik ..amik kertas A4,marker hitam dan dengan tanpa berlengah lagi aku pon tulis...



 “ Kepada semua pelajar yang ingin berjumpa dengan Felo untuk sebarang urusan, sila BAGI SALAM (assalamualaikum) kepada yang Islam dan Hello, Hi, Vanakam (kepada yang bukan Islam) atau buat bunyi apa2 sahaja yang boleh membuatkan Felo akan buka pintu. Tanpa Salam dan Hello, pintu takkan di buka. Harap Maklum.


Dah siap tu..gedegang ak tampal kat pintu rumah. Esoknya housemate aku pelik asal ak tulis mcm tu...ak pun cerita lah kat dia kenapa. Kes histeria pun leh tahan gak kat kolej ni. Pernah satu malam 3 4 kes histeria berlaku. Kadang2 ak malas nak pikir, pelajar tengah histeria ke atau diorang tengah gelak sakan. Pukul 2 3 pagi gelak macam langsuir mana tak jadi histeria. Pernah ak dapat report dari pelajar yang mereka nampak lembaga.. bukan lembaga hasil dalam negeri (SILA KLIK) atau lembaga tembakau negara (SILA KLIK) ye, tapi lembaga yang membuatkan korang takut dan pergi toilet berteman. Bila dah banyak sangat student cakap macam tu ak pun gtau housemate ak. Housemate aku cakap dia x pernah terima laporan mcm tu tapi mengikut pengalaman beliau memang wujud entiti kat situ. Lalu ak pun memulakan siasatan kecil-kecilan aku. 


Tanya cleaner... diorg pun bercerita... kat rumah ak dulu dia pernah nampak budak kecik. Budak lelaki kecik. Apa?????? Jadi apa yang ak nampak kat dapur aritu betul la bukan bayangan ye ?  ak pun cuba la korek2 dari felo2 yang pernah duduk rumah tu sebelum ni... memang cerita budak kecik tu bertakhta di hati mereka. Tapi malangnya felo2 yang terdahulu ramai yang tidak diberi kesempatan untuk bertemu dengan budak kecik tu. Ada yang pernah ternampak dan ada yang tidak. Kemuncak paling best dalam citer ak ni, apabila satu malam housemate ak ketuk pintu bilik ak. Punye la kuat... ak x pasti dia ketuk ke dia tendang.. bila ak bukak dia terus masuk dan cakap nak tidur dengan aku. Aku pun tanya la kenapa nye? Esok dia cerita. Esok nya dia pun semangat bercerita yang budak kecik tu ada dalam selimut dia. Dia tersedar sebab rasa macam ada orang dalam selimut tu. Ewah-ewah!!! Main sorok2 ye dik... disebabkan banyak sangat benda tahyul mahyul berlaku, akhirnya dalam meeting felo bersama pengetua dan pihak pengurusan bersetuju untuk membuat bacaa yaasin kat rumah tu. Ramai yang cakap kurang baca quran kut...Sebelum2 ni pun tiap2 malam ak baca quran, baca yasin tapi benda dah Allah tentukan nak jadi... ko hafal quran satu juzuk satu malam pun kalau dah Allah cakap malam ni budak kecik tu datang, mesti la dia datang...

Ada citer lagi best tentang rumah tu, fius kat dalam rumah tu ngok sikit. Asal sentap sikit terus blackout. Tak tahu mana silap.panggil orang datang check kata semua ok. Sekarang aku nak korang bayangakan, korang tengah syok tengok tv tetiba gelap gulita. Masa tu ko sorang je kat rumah. Dan dalam waktu yang sama ko tau rumah tu ada adik kecik? Camne ? sempoi kan? Hahhaha.... ak pernah alami kut.. 3 4 kali rasanya sikit sangat... dah banyak kali sangat2 dah... sampaikan kerusi nak naik turunkan balik fius yang menyebabkan blackout tu ak biarkan je kat situ sebab malas dah nak angkut bawak turun naik meja. Jadi bila blackout je, terus panjat dan taraaaaaa dapat balik elektrik.



 nanti sambung lagi... aku banyak kerja nak buat... nanti bila free sikit ak citer lagi... oh ye, kalau korang perasan , masa ak menaip cerita ni... kejap ak guna SAYA , kejap aku guna AKU... hahahah entah la... korang pakai la mana seswai dgn jiwa korang... kalau nak tukar kepada BETA pun aku x kisah...hahahha....