-aMaLiNa-

Thursday, August 11, 2011

Selamat berpuasa semua ! Kalau time bulan puasa mesti buah KURMA bnda paling dicari2..selan kita tahu buah kurma ni sunat waktu berbuka, kurma jgk byk khasiat nya. Sehinggakan ada hadith Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.



Buah Kurma mempunyai banyak khasiat, ia bagus di makan tiap tiap hari, berikut adalah khasiat-khasiat buah kurma:-

1. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung dan Kencing Manis

Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

2. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.

Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

3. Membunuh Kuman Dalam Badan.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.

Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

5. Tenaga Segera.

Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

6. Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.


Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

7. Vitamin A, D, E, dan K

Buah kurma tidak mengandungi kolestrol, sebaliknya lemak baik yang bermanfaat bagi kesihatan kerana mempunyai daya serapan vitamin A, D, E dan K.

Kurma juga mengandungi semua vitamin dan mineral yang bermanfaat bagi perut, kerana seharian tidak memperolehi makanan dan minuman. Vitamin dan mineral ini juga penting untuk meningkatkan keberkesanan fungsi pencernaan dan penggunaan (metabolisme) makanan yang masuk ke perut.

8.Kaya Kandungan Zat Gizi
Kaya kandungan zat gizi penting bagi fungsi tubuh seperti kalium, magnesium, dan serat makanan yang berguna dalam menyihatkan jantung serta pembuluh darah. Mineral-mineral ini berfungsi membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu tekanan darah.


***************
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".