-aMaLiNa-

Thursday, December 16, 2010

5 perkara!!

Lima perkara k ita mahukannya dan k ita usaha utk mendapatkannya:-


1:
Wajah yang cantik

2: Duit yang banyak

3:
Kesihatan yang baik

4:
Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5:
Tidur yang nyenyak tanpa ganguan


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan
solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

Sejarah Yang Dipadamkan – Penguasa Eropah Yang Menerima Islam


Namanya terdapat dalam urutan ke-34 dari 100 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart (dengan baginda Muhammad bin Abdullah Rasulullah S.A.W berada di nombor satu). Kegeniusan gerakan taktik perangnya amat memukau, dan bila diukur dari segi itu sahaja, beliau boleh dianggap sebagai seorang Jeneral Perang teragung sepanjang zaman.

Tapi rupanya kemegahan dan kekuasan dunia belum memuaskan hatiya, agama yang dianutinya pada waktu itu tidak mampu membuatkan Napoleon Bonaparte merasa tenang dan damai. Akhirnya pada 2 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya pada 1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke-Islamannya di hadapan dunia antarabangsa ketika di Mesir.

Namanya berubah menjadi Aly (Ali) Napoleon Bonaparte.

“I read the Bible, Moses was an able man, the Jews are villains, cowardly and cruel. Is there anything more horrible than the story of Lot and his daughters? The science which proves to us that the earth is not the centre of the celestial movements has struck a great blow at religion. Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens to like Trinity. Yesus called himself the son of God and he was a descendant of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things than ours; the turks also call us idolaters. Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you. In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, He has no son and He reigns without a partner”


Terjemahan :
“Saya membaca Bible, Musa adalah orang yang cekap, sedang orang Yahudi adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Lut beserta kedua puterinya ? Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahawa bumi bukanlah pusat sistem suria, dan ini adalah satu pukulan memalukan agama kita. Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinity yang sulit difahami. Jesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal ia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian). Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa. Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeza, dan saya harus memperjelas lagi kepada anda di setiap pidato, bahwa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping. - Terjemahan dari kenyataan asal Napoleon yang dipetik dari Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.

Dalam buku yang berjudul Bonaparte et IIslarn oleh Cherlifs, Paris, halaman 105, Napoleon Bonaparte berkata sebagai berikut:

I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur’an wich alone can lead men to happiness

Terjemahan :
Saya meramalkan bahwa tidak lama lagi akan dapat disatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsipprinsip ajaran Islam, kerana hanyalah Quran itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.

Beberapa sumber lain yang menyatakan ke-Islaman beliau:
- Buku Satanic Voices – Ancient and Modern dengan penulis David M. Pidcock, pada hal. 61.
- Surat kabar Perancis Le Moniteur, yang menyimpan banyak dokumen beliau masuk Islam pada tahun 1798.
- Buku Napoleon And Islam dengan penulis C. Cherfils.


12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR

Di Padang Mahsyar nanti, umat Muhammad akan dibangkitkan dalam 12 golongan. Dan keadaan ini diceritakan oleh Rasulullah S.A.W kepada Muaz bin Jabal yang bererti : “Hai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku dari perkara besar. Umatku yang dibangkitkan dari kuburnya menjadi dua belas barisan:

Barisan Pertama :
Mereka yang bangkit dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki. Mereka semasa hidup telah menyakiti hati jirannya.

Barisan Kedua :
Mereka bangkit dengan muka berbentuk babi hitam. Ini adalah balasan bagi yang meremehkan sembahyang, lalai dalam sembahyang, melewatkannya dan tidak bersungguh menghayati sembahyang. Walaupun mengerjakan sembahyang, mereka berbuai dosa, mendedah aurat, mengumpat, hasad dengki dan melakkukan kemungkaran. Firman Allah yang bermaksud: “Neraka Wail bagi yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka lalai dalam sembahyangnya.” – Al Maa’un: 6&7.

Barisan Ketiga :
Perutnya seperti gunung penuh dengan ular dank ala jengking seperti baghal atau keldai. Itulah balasan mereka yang enggan mengeluarkan zakat. Menyimpan banyak wang dan harta tapi kedekut untuk mengeluarkan hak Allah.

Barisan Keempat :
Mulut mereka mengalir darah kerana berdusta dalam jual beli. Mengambil untung dengan menipu orang lain.

Barisan Kelima :
Dibangkitkan dalam keadaan sudah menjadi angin bertiup, baunya lebih busuk dari bangkai manusia. Mereka menyembunyikan kederhakaan daripada manusia dan tidak takut pada Allah. Baik di hadapan tapi jahat di belakang. Malu dan takut pada manusia tapi tidak pada tuhan. Firman Allah yang bermaksud : ”Mereka bersembunyi daripada manusia dan mereka tidak boleh bersembunyi daripada Allah”.

Barisan Keenam :
tengkorak dan tengkuk mereka terputus. Mereka ini jadi saksi palsu masa hidupnya, mengada-adakan cerita yang tidak berlaku hingga menyebabkan orang lain terhukum.

Barisan Ketujuh :
bangun dalam keadaan tidak berlidah dan dari mulut keluar nanah dan darah sebab masa hidupnya mereka enggan jadi saksi sedangkan mereka menyaksikan sesuatu dengan nyata sesuatu kemungkaran. Firman Allah bermaksud : “Dan jangan kamu sekalian menyembunyikan kesaksian dan barangsiapa yang menyembunyikannya, ia adalah orang yang berdosa hatinya. “Al-Baqarah : 283

Barisan Kelapan :
Bangkit dalam keadaan terbalik iaitu kaki kr atas dan kepala ke bawah. Itu balasan bagi yang berzina atau melacurkan diri tanpa sempat bertaubat sebelum mati.

Barisan Kesembilan :
Bangkit dari kubur dengan wajah hitam, mata dan perutnya penuh dengan api. Ini sebab, mereka memakan harta anak yatim dengan cara aniaya.

Barisan Kesepuluh :
Bangkit dengan tubuh mereka penuh penyakit kusta dan belak (kulit putih gatal-gatal). Mereka ialah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

Barisan Kesebelas :
Bangkit dalam keadaan buta hati dan mata. Giginya seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar hingga ke dada dan lidah menjulur hingga ke peha. Perut mereka keluar kotoran. Ini balasan orang yang minum arak.

Barisan Keduabelas :
Bangkit dalam keadaan wajah berseri-seri laksana bulan purnama. Melalui titian silatul-mustaqim seperti kilat menyambar. Ya, barisan ini berbeza dari yang lain. Mereka adalah orang yang beramal soleh lagi berbuat baik. Menjauhi derhaka, memelihara sembahyang lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. Balasan bagi mereka ialah syurga, kasih saying dan keredhaan Allah.

Begitulah dahsyatnya keadaan manusia di Padang Mahsyar. Dalam begitu ramai manusia, amat sedikit yang berada dalam kesenangan dan mendapat nikmat, kebanyakannya menerima penderitaan. Oleh itu sentiasalah berdoa semoga kita termasuk dalam barisan yang selamat.

Rasulullah S.A.W sendiri berdoa memohon perlindungan Allah dari segala penderitaan di hari Kebangkitan itu. Amalkan doa yang pernah Rasulullah S.A.W amalkan ini : “Ya Allah, hidupkanlah kami di dunia sebagai orang beriman yang taat, wafatkanlah kami sebagai orang islam yang taubat. Jadikanlah kami ketika menghadapi pertanyaan dapat memberikan jawapan yang tetap (benar). Jadikanlah kami termasuk golongan orang yang menerima kitabnya dengan tangan kamu.

Jadikanlah kami di hari kegempuran yang dahsyat itu orang-orang yang aman. Hiburkanlah kami dengan melihat wajah Mu yang Mulia, dengan Rahmat Mu Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Wednesday, December 15, 2010

Firaun dan 10 Muharam


"Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa."


Puasa Asyura’

Sebahagian umat Islam di Malaysia mungkin lebih mengenali bubur asyura dari puasa Asyura’. Di Malaysia juga mungkin lebih masyhur cerita bahawa Nabi Nuh a.s. dan beberapa orang beriman sesudah diselamatkan oleh Allah dari banjir besar, mencampurkan semua makanan yang ada pada mereka (ada yang menambah; dengan daun-daun dan dahan-dahan kayu) lalu mereka memasak bubur asyura. Konon untuk menghidupkan sunnah tersebut, maka masyarakat kita mengamalkan memasak bubur asyura pada waktu-waktu tertentu (tapi tanpa daun dan dahan kayu).

Sebenarnya ada dua peristiwa besar yang diriwayatkan dengan riwayat yang sahih berlaku pada 10 Muharram; kematian Firaun setelah tenggelam di Laut Merah dan pembunuhan Husain bin Ali r.a. pada Jumaat 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala’. Kedua-dua peristiwa ini adalah peristiwa penting. Tetapi sunat berpuasa pada 10 Muharram (hari Asyura) hanya berkait dengan peristiwa kemusnahan Firaun sahaja dan tidak ada sebarang kaitan dengan pembunuhan Husain r.a. di Karbala’. Syiah memperingatinya setiap tahun dan melakukan amalan-amalan bid’ah sempena tarikh tersebut. Tetapi ajaran sunnah yang sebenarnya adalah disunatkan berpuasa sempena memperingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dari buruan Firaun tanpa dikaitkan sedikit pun dengan peristiwa pembunuha Husain r.a.

Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad:

“Puasa Aasyura ada tiga darjat:

Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.

Berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ini yang paling banyak disebut di dalam hadis.

Berpuasa 10 Muharram sahaja.”

Disunatkan berpuasa 9 dan 11 Muharram agar ibadah kita sebagai umat Islam berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi yang berpuasa pada hari 10 Muharram sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Jika aku masih lagi hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa juga pada hari 9 Muharram.”

Puasa Asyura’ adalah di antara puasa-puasa yang afdhal. Ada ulama’ yang berpendapat bahawa sebelum para sahabat r.a. diwajibkan berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadhan, mereka telah diwajibkan terlebih dahulu berpuasa pada 10 Muharram. Mereka juga membiasakan anak-anak mereka untuk berpuasa pada hari Asyura’.

Bukhari meriwayatkan dari ar-Rabi’ binti Muawwidz r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pergi ke perkampungan Ansar pada hari Asyura’ dan bersabda: “Sesiapa yang telah makan pada hari ini, jangan lagi makan sehingga habis siang hari ini. Sesiapa yang berpuasa, teruskan berpuasa.” Ar-Rabi’ r.a. berkata: “Kami berpuasa pada hari itu dan menyuruh anak-anak kami berpuasa. Kami mereka untuk mereka permainan. Apabila ada yang menangis meminta makanan, kami akan lekakan dia dengan permainan itu sehingga berbuka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobroni: “Tidak ada hari yang afdhal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura’.”

Kemusnahan Firaun

Firaun musnah pada hari itu. Dia adalah insan yang diabadikan kisahnya di dalam banyak ayat di dalam al-Quran dan dijanjikan oleh Allah akan diselamatkan jasadnya. Allah berfirman:

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)

Di Mesir ada satu muzium khas menyimpan khazanah dinasti Firaun yang dikeluarkan dari piramid-piramid dan kuil-kuil Firaun. Di dalam muzium tersebut ada ruang khas ‘The Royal Mummies’ atau Mumiyat Malakiah. Masuk muzium tu kena bayar. Masuk ruang khas tersebut kena bayaran lain. Di dalam ruang khas tersebut ada lebih kurang 9 mumia yang diambil dari piramid-piramid. Salah satunya Ramses II atau Ra’mases II. Dipercayai itulah Firaun yang memburu Nabi Musa a.s. ketika beliau a.s. membawa keluar 60,000 Bani Israel keluar dari bumi Mesir dan kemudian mati tenggelam di Laut Merah. Lihatlah gambar di atas. Menakjubkan. Di antara 9 mumia tersebut, dialah yang paling sempurna.

Saya tiba di Mesir pada awal 1991 tetapi kali pertama pergi ke Dataran Piramid Giza pada musim panas 1993. Itu pun bukan kerana ingin melihat piramid tetapi kerana nak naik kuda. Tidak ada tarikan untuk ke piramid. Tetapi saya masuk ke ruang ‘The Royal Mummies’ sebanyak dua kali sepanjang saya belajar di Mesir. Pada tahun 2004, semasa saya dan keluarga menziarahi Mesir semula, saya ajak isteri lagi sekali ke muzium.Tarikannya kuat; nak ‘jumpa’ Ramses II. Memang menarik. Rambutnya masih ada. Raut mukanya nampak sempurna. Telinga dia. Hidung dia. Saya pergi tengok dekat-dekat jari dia; masih ada jalur-jalur. Semuanya nampak hebat. Ini janji Allah. “Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar)….”

Firaun adalah gelaran kepada raja Mesir. Semua Firaun mengaku diri mereka tuhan. Tetapi Ramses II tidak begitu. Dia mendakwa dirinya ‘akulah tuhanmu yang paling agung’ (An-Naziaat: 24). Dia juga berkata kepada kaumnya ‘Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku yang saya sendiri tidak pasti sumbernya; Ramses II adalah seorang lelaki yang cukup sempurna. Tampan bergaya. Gagah perkasa. Kaya raya. Ada karisma. Mampu menakutkan musuhnya. Sihat wal afiat. Tidak pernah demam. Tidak pernah bersin. Dia dan Firaun yang mengambil Nabi Musa a.s. sebagai anak angkat; ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka adalah orang yang sama dan ada yang mengatakan mereka adalah dua orang yang berbeza. Tapi zalim yang tidak ada had. Kesudahannya hanya seperti dalam gambar di atas.

Ketika Bani Israel buntu, tidak jumpa cara untuk keluar dari penindasan Firaun, Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan cara yang cukup menakjubkan. Firaun memelihara orang yang akan mengalahkannya di dalam istananya sendiri. Ketika diburu dan terperangkap di pantai Laut Merah, sekali lagi Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan membelah Laut Merah. Selain dari itu banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan pertembungan Nabi Musa a.s. dan Firaun. Ini semua adalah kisah-kisah yang sepatutnya kita kenang kembali di hari 10 Muharram.

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami. Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.” (Al-Qosos: 5-8)

Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa Asyura’ dan mengambil iktibar dari kisah Musa a.s. dan Firaun.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.